Hadir Bersama Berkat..

zikrullah n doa

Wednesday, February 16, 2011

7 Jenis Wajah Mayat Di Dalam kubur....

ASSALAMUALAIKUM..

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Dahi Cecah Sejadah - Hayatilah

ASSALAMUALAIKUM.....

ALHAMDULILLAH, syukur kepada ALLAH s.w.t kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus bernafas di bumi ini. Selawat dalam untuk junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w. Semoga puisi ini dapat kita jadikan ikhtibar di dalam menjalani hidup kita sehari-hari.

Hayatilah...


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhulah kamu sebelum kamu diwudhukan,
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih.
Pada waktu itu tiada lagi guna bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih.

Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai,
Lalu dilaksanakanlah solat jenazah,
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam beserta fatihah, selawat dan salam
Sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah.

Tetapi adakah 4 kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.

Justeru, ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat,
Usunglah dirimu ketika solat sebelum kamu diusung ke liang lahad,
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringlah dirimu ke masjid.
Sebelum kamu diiringi ke pusara,
Tangislah dosa-dosamu di dunia kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’.

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan,
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan dengan panggilan Izrail yang menakutkan,

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalqinkan kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi.

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan.
Namun, pada ketika itu istighfar tidak dapat menyelamatkan,
Ingatlah di mana sahaja kamu berada,
Kamu tetap memijak bumi Tuhan,
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan.
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti,
Lalu menjadi segumpal darah,
Lalu menjadi seketul daging,
Lalu daging itu membalut tulang,
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.

Justeru, bila DIA menyeru sambutlah seruanNya,
Sebelum DIA memanggilmu buat kali terakhirnya.

Ingatlah asal-usulmu yang tidak bernilai itu,
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk, itik tak sudu.

Tapi Allah mengangkatmu ke satu mercu yang lebih agung dari Malaikat.
Lahirmu bukan untuk dunia,
Tapi gunakanlah ia untuk belayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan haiyaalaalsolah dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan haiyaalaalfalaah dengan jalan kemenangan dunia dan akhirat.

Ingatlah yang kekal ialah amal,
Menjadi bekal sepanjang jalan,
Menjadi teman di perjalanan,
Guna kembali ke pangkal Tuhan.

Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera,
Kondominium, saham dan niaga,


KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA



Sumber : Puisi Terbaik dari radio IKIM fm

Monday, February 14, 2011

Saat Lafaz Sakinah - Far East

ASSALAMUALAIKUM.....

Ingin berkongsi satu lagu nasyid dari kumpulan Far East. Lagu ini berkisahkan tentang seorang ayah yang menyerahkan amanahnya iaitu anak gadis beliau kepada seorang lelaki yang menjadi pilihan anak gadisnya. Juga mengisahkan seorang lelaki yang sanggup menerima amanah itu dengan rela hati.

Begitu sebak hati seorang ayah untuk meyerahkan anak gadis kepada lelaki lain tapi untuk kebahagiaan seorang anak, hati seorang ayah merelakan jua..Hayatilah bait-bait lagu ini. 

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Ulang Chorus


Awak..Kita Tak Sambut Maulidur Rasul Lagi...



"Cantik baju awak malam ni.."

"Ye lah..baju ni kan yang awak hadiahkan minggu lepas."

"Awak, malam ni malam apa ye?"

"Entah. Malam apa? Kenapa dengan malam ni..?"

"Awak, malam ni malam Valentine Day la.."


"Oh..awak.. Saya nak cakap sesuatu la malam ni.."

"Apa dia? Cakap je la.."

"Awak, saya terbaca kat satu artikel ni, yang kita tak boleh sambut Valentine Day. Awak tahu tak pasal tu?"

"Dah lapuk cerita tu.. Abaikan je la.."

"Awak, kita orang Islam kan..?"

"Yeah, for sure la.."


"Kita ni Islam atas nama je, kan?"


"Eh, apa yang awak nak syarah kat saya pulak ni..?"


"Saya takut la wak.. Malam semalam, saya mimpi, saya mati. Mati wak.. Awak tak takut mati ke?"

"Isy..stop talking nonsense la.."

"Saya cakap betul wak.. Ada kawan saya cakap, couple tu haram. Kalau nak berkasih dan bersayang berlainan jantina, kena ada ikatan yang sah. Tapi kita?"

"So?"

"Kalau saya nak minta kita kahwin sekarang, mesti awak tak setuju kan? Alasannya kita masih muda. Tapi wak.."

"Awak jangan nak merepek ye. Jangan kata tiba2 nak berubah pulak. Awak yang ajak saya datang malam ni kan?"

"Tapi wak..saya tak habis cakap lagi ni.."

"Sudah.. Sudah.. Jangan rosakkan hari kekasih esok ni.. Saya ada surprise untuk awak.."

"Saya tak perlukan suprise tu. Saya takut Allah bagi 'suprise' kat saya, tanpa saya sempat buat apa-apa. Awak, dengar ni.. Kalau kita nak berkasih wak, kena ada ikatan yang sah. Dan, berkasih bukan ada specific hari.. Awak, saya takut wak.."


"Apa yang nak ditakutkannya lagi. Saya kan ada.."

"Tapi nanti, kalau saya dah mati, saya tinggal dalam kubur sorang-sorang. Kalau saya kena soal macam-macam, kena seksa, awak ada ke dengan saya waktu tu untuk tolong saya, bela saya..? Kalau awak ada, takpelah, saya rasa sikit lega.."

"Awak ni dah mengarut ni.."

"Wak..kita bukan tak tahu semua ni. Kita tahu.. Cuma kita sengaja buat-buat tak tahu. Kita pun ada belajar agama waktu sekolah dulu. Awak tak ingat ke? Ustaz Zamri selalu ingatkan kita pasal ni."

"Ok3. It's enough. So, apa yang awak nak sangat sekarang ni?"

"Kita clash! Itu yang terbaik wak.."

"What??? Awak kena sampuk apa malam ni?"

"Biarlah awak nak kata saya kena sampuk ke apa, sekurang-kurangnya saya nak awak pun kena sampuk.."

"Gila apa awak ni.. Saya nak balik la macam ni.."

"Awak, ingat kata-kata terakhir saya ye. Hidup ini tak lama. Hanya ada peluang sekali. Tapi, kalau kita gunakan ke arah kebaikan, sekali tu sudah mencukupi."

"Dah, jom balik.."

"Takpela wak..saya balik sendiri."

"Whatever. Pelik la awak malam ni. K, see you tomorrow."

Baru sahaja lelaki itu berlalu meninggalkan teman wanitanya sejauh 10 km,
terdengar satu hentaman kuat.
Sebuah motor dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan.
Dia.
Malangnya, tidak lagi bernyawa.
Dijemput malaikat terlebih dahulu.
Maka, tiada lagi peluang baginya.
Tiada lagi sesalan baginya.
Untuk bertaubat, memohon keampunan dosa-dosanya.
Hanya bekalan yang sedia ada, bakal dibawa, hingga ke sana.
 ..

"Awak, kenapa awak pergi dulu? Kita tak sambut Maulidur Rasul lagi...."

"Awak...."

"Eh, awak cakap dengan siapa ni?"

"Macam mana awak ada kat sini? Bukan ke awak yang kena langgar kat depan tu?"

"Tu la..saya pun ingat saya yang kena langgar, tapi rupa-rupanya motor belakang saya yang kena. Alhamdulillah, nasib baik Allah masih pelihara saya. Pastu saya teringat kata-kata awak tadi, sebab tu saya patah balik ni. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sedarkan saya tadi."

"Saya balik dulu. Assalamu'alaikum."


The End....

Bayangkan Sekujur Tubuh itu adalah Kita..


ASSALAMUALAIKUM......

Post kali ini, masih ingin membicarakan tentang kematian. Ini kerana, kematian itu pasti akan menjemput kita semua cuma kita tidak tahu bilakah detik-detik itu. Untuk membuatkan diri kita sentiasa bersedia menghadapi detik itu, terdapat beberapa situasi yang boleh kita ambil ikhtibar. Semoga kita boleh mengambil ikhtibar dan juga akan bertambah keimanan kita kepada ALLAH. AMIN

Bayangkan lah jenazah yang ada di rumah itu adalah kita

Bayangkan lah jika yang mati tiba-tiba itu adalah kita

Bayangkan lah seseorang yang sering melakukan dosa dan meninggal secara tiba-tiba adalah kita..

Bayangkan lah seluruh kampung bercakap tentang kematian seseorang dan jenazah itu adalah kita..

Bayangkan lah mayat yang di jemput ke negeri mati tanpa sempat menuturkan pesanan terakhir kepada keluarga adalah kita..

Bayangkan lah yang terjelupuk di tepi jalan dan yang ditutup dengan kain putih adalah jenazah kita..

Bayangkan lah sesungguhnya situasi yang semua umat manusia takut akan menumei kita akhirnya untuk menjemput kita ke negeri yang ABADI...


p/s: semoga kita sentiasa melakukan segala amalan yang baik yang dapat menampung kita di akhirat kelak. Peringatan ini lebih khusus untuk diri ana sendiri. Wallahualam ^_^

Sunday, February 13, 2011

Couple Islamik ? ^_^

ASSALAMUALAIKUM..

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.


Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.


Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.


"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”


Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...


p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

Saturday, February 12, 2011

Untuk Peringatan....

ASSALAMUALAIKUM....


Seangkuh & sehebat manapun kita, kain sejadah jua tempat dahi kita sujud....

Secantik & seindah manapun rupa paras kita, kain putih jua yang akan membaluti tubuh kita...

Sebanyak manapun harta kita, kita tidak akan membawanya jua bila kita pergi menghadap ILLAHI...

Segagah manapun kita berjalan @ berlari, kita tetap akan di usung jua...

Sebanyak manapun teman-teman kita, namun kita akan pergi keseorangan jua suatu hari nanti..

Ingatlah sesombong manapun kita, keseorangan jua nanti...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...