Hadir Bersama Berkat..

zikrullah n doa

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433...^_^

Assalamualaikum..

Sudah lama ana meninggalkan blog ini, tanpa khabar berita. Mohon maaf kerana tidak terus menaip sesuatu yang perlu di kongsikan bersama. Ini merupakan kelemahan diri ini, yang tidak istiqomah untuk terus menulis dan berkongsi, semoga ALLAH memaafkan diri ini.

Apa khabar iman kita semua? Di harapkan kita sentiasa berada di dalam redha ALLAH. Insya Allah, pada kali ini, ana ingin berkongsi sesuatu dan  di harap agar ilmu ini dapat memberi faedah kepada kita semua. Insya Allah.

Berubah lah kerana ALLAH bukan kerana MANUSIA....
kerana ALLAH yang akan sentiasa bersama kita, bukan MANUSIA..


HIJRAH? Apa yang kita faham tentang maksud HIJRAH. Kita sentiasa sering kaitkan hijrah ialah, penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w bersama sahabatnya dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Tapi, apakah yang kita faham dengan maksud hijrah yang bertepatan dengan situasi pada masa kini? Bagi ana, hijrah ialah satu perubahan dari buruk kepada baik, dan dari baik kepada lebih baik. Sebagai manusia, kita jangan pernah berhenti untuk terus melakukan penghijrahan, kerana kita semua tidak sempurna.

"Hijrah ialah satu perubahan dari buruk kepada baik, dan dari baik kepada lebih baik"



Selain itu, hijrah juga bermaksud pengorbanan. Pengorbanan golongan wanita juga berlaku pada ketika itu, iaitu pengorbanan Saiditina Asma. Selama Nabi Muhammad dan Abu Bakar berada di Gua Thur, Saiditina Asma merupakan mujahidah yang sering menghantar makanan kepada mereka. Ini menunjukkan bahawa, wanita juga memainkan peranan ketika proses hijrah berlaku.

Akhir sekali, semoga kita sentiasa berhijrah untuk sentiasa menjadi yang lebih baik pada masa hadapan. Hijrah kita pasti akan membawa kemenangan kepada kita di akhirat nanti. Insya ALLAH. Hayatilah, bait-bait kata di bawah ini, supaya ia menjadi satu pendorong untuk kita terus berusaha dan berubah ke arah kebaikan.



Sahabat...Ingatlah....

Umat islam itu adalah perilakunya hari ini, lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini..
Sama-sama kita teruskan HIJRAH kita.. walaupun, dosa-dosa silam sntiasa menghantui diri kita..
Bertekadlah untuk berubah dan teruslah melangkah ke arah yang lebih baik tanpa terpengaruh dengan dosa-dosa silam...
Ingatlah ALLAH itu MAHA PENGAMPUN....
Mohon lah pada ALLAH, supaya di kuatkan IMAN di hati untuk terus melangkah demi agama yang suci ini....

Sempena MAAL HIJRAH tahun ini, ucapkan selamat tinggal pada kesedihan, hindarkan lorong-lorong dosa yang penuh dengan kebenciaan, raikan ketenangan apabila bersama ALLAH.. sama-sama kita berhijrah, dan segera kembali ke jalan yang di redhai oleh ALLAH....

Beruntunglah kita andai kita sentiasa berada di dalam keredhaan ALLAH kerana HIJRAH yang kita lakukan..ingatlah kita BERHIJRAH untuk mengubah kehidupan AKHIRAT & mencari keredhaan ALLAH.....

SALAM  MAAL HIJRAH 1433.....^_^
  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...