Hadir Bersama Berkat..

Monday, January 31, 2011

Bagaimana Bidadari Mu??

ASSALAMUALAIKUM...

Kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang agak menarik dan berguna kepada kaum adam dan juga hawa. Semoga pengisian kali ini amat berguna kepada kita semua. INSYALLAH...

"Jangan kau kahwini wanita yang enam : yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah" 
- Imam Al-Ghazali-

Berdasarkan kata-kata di atas, terdapat 6 golongan wanita yang harus di elakkan untuk di kahwini. Untuk golongan hawa, hindarkanlah diri kalian semua daripada tergolong dalam golongan ini.

Wanita Ananah :
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti : "Aku membuat itu kerana mu"

Wanita Hananah :
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah :
Wanita yang melemparkan pandangan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya membelinya.

Wanita Baraqah :
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah :
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.

Puisi Cinta...

ASSALAMUALAIKUM....

Dengan izin ALLAH s.w.t, dapat lagi saya berceloteh di blog ini. Kali ini saya ingin berkongsi puisi CINTA. CINTA sering menjadi tumpuan bagi semua golongan masyarakat tidak kira muda atau pun yang sudah berumur. Namun, CINTA yang kekal abadi hanyalah cinta kepada ALLAH. Ini kerana, jika kita mencintai makhluknya, pasti suatu hari nanti, ia bakal meninggalkan kita. Tetapi, cinta ALLAH adalah cinta hakiki yang sentiasa kekal.

Puisi-puisi ini di ambil daripada movie, "Ketika Cinta Bertasbih". 



CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
Mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah malang jadi untung,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah setan jadi nabi,
Mengubah iblis jadi malaikat,
Mengubah sakit jadi sehat,
Mengubah kikir jadi dermawan,
Mengubah kandang jadi taman,
Mengubah penjara jadi istana,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah CINTA !!! 

Dideklamasikan oleh Ayyatul Husna




Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar. 
Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri. 
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang. 
Namun tanpa lidah, 
CINTA ternyata lebih terang 
Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya 
Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA 
Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya 
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur 
CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan 

Dideklamasikan oleh Anna AlthaFunnisa 





Sunday, January 30, 2011

Yang Tertutup Itu Indah

ASSALAMUALAIKUM...

Syukur ke hadrat ILLAHI kerana masih memberi saya peluang untuk terus bernafas di bumi ini. Semoga setiap hari yang bakal di lalui dapat menambahkan rasa cinta kita kepada ALLAH. AMIN. Pada post kali ini, saya hanya ingin memberi pandangan tentang tajuk yang telah saya utarakan. Diri ini juga masih lemah dan sentiasa melakukan kesalahan tetapi semoga dengan post kali ini dapat membimbing diri ini ke arah yang di redhai ALLLAH.


Rasulullah SAW telah bersabda :

"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan kedua tapak tangannya hingga pergelangan"

Berdasarkan sabda Rasuluallah di atas, faham lah kita bahawa setiap perempuan yang telah cukup umur, wajiblah ke atas mereka untuk menutup aurat iaitu seluruh anggota badan kecuali muka dan juga kedua tapak tangan. SUBHANALLAH, begitu istemewanya menjadi seorang wanita kerana tidak ada sesiapa yang di benarkan melihat perhiasan mereka kecuali kepada orang yang di halalkan di dalam Islam.

Tetapi, pada masa kini, banyak yang telah berubah. Kebanyakkan mereka sudah tidak mengikut kehendak yang telah di tetapkan di dalam Islam iaitu cara-cara menutup aurat dengan betul. Alangkah ruginya diri jika perkara-perkara seperti ini berlaku kepada kita kerana setiap apa yang di tetapkan di dalam agama kita pasti ada hikmahnya yang pasti tidak akan mensia-siakan kita semua.

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri2 mu, anak2 perempuan mu serta para wanita kaum beriman agar mereka menghulurkan jilbab2 mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka mudah dikenal dan tdk diganggu org. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(al-Hazab : 59)


Tidak di nafikan, pada zaman sekarang masih ramai yang bertudung kerana mereka tahu, mereka wajib menutup aurat. Tetapi, adakah tudung yang mereka pakai itu mengikut kehendak yang telah di tetapkan di dalam Islam. Wahai kaum hawa, sempurnakan lah diri mu bila bertudung kerana masih ada yang bertudung tetapi pakaian yang masih tidak menepati syariat yang telah di tetapkan. Betapa ruginya diri kita jika kita hanya melakukan tetapi tidak betul-betul mengikut apa yang di tetapkan.

              "Diantara hidangan makanan yg tertutup rapi bertudung saji, dibandingkan hidangan makanan yg terdedah dgn lalat dan cicak atau bertudung tetapi berlubang di sana sini...hidangan manakah yg akan menjadi pilihan hati kita untuk disantap sebagai hidangan menjamu selera???".

Semestinya kita akan memilih yang tertutup rapi. Jadi sebagai seorang muslimah, hendaklah kita menutup aurat kita sebaik mungkin dan jangan biarkan orang lain yang tidak halal bagi kita untuk melihatnya. Sesungguhnya, diri mu begitu berharga. Apabila kita menutupya dengan rapi, orang pasti akan menghormati kita.


Ramai yang berkata, kita jangan hanya memandang luaran sahaja tetapi dalaman juga penting. Memang betul tetapi kita harus sedar bahawa sekurang-kurangnya mereka telah mempunyai kesedaran dengan mengikut arahan dari ALLAH s.w.t dengan menutup aurat dengan sempurna dan INSYALLAH semoga mereka juga malu untuk melakukan sesuatu yang menimbulkan benci ALLAH kepada mereka.


Untuk kaum Hawa

Ingatlah janji ALLAH itu pasti, jika kita tidak betul-betul melaksanakan suruhannya dengan menutup aurat, terdapat banyak azab yang sedang menanti kita di akhirat sana. Bersyukurlah kita kerana masih di beri peluang untuk kita hidup di bumi ini dan masih ada lagi peluang untuk kita semua berubah ke arah kebaikan dengan melaksanakan segala suruhan ALLAH. Tutuplah aurat mu sebaik mungkin supaya diri mu sentiasa selamat di dunia dan juga di akhirat.

Untuk kaum Adam

Kamu semua merupakan pemimpin bagi kaum hawa, jadi jangan lah kamu menjadi seorang yang dayus. Tegurlah mereka jika mereka melakukan kesalahan dan tidak menutup aurat kerana mereka adalah tanggungjawab kamu. Selamat kan lah diri mereka, sentiasa lah menasihati mereka supaya kita semua selamat di dunia dan juga di akhirat nanti.

Semoga kita semua dapat memperbaiki diri sendiri ke arah kebaikan. Diri ini juga masih banyak kelemahan dan semoga kita semua sentiasa ISTIQAMAH dalam melakukan sesuatu.

Jangan malu dengan sindiran orang lain jika kita ingin betul-betul berubah ke arah kebaikan, yakin dengan keputusan kita dan berdoa lah kepada ALLAH untuk di tetapkan hati kita.

Bisik hati ku..

YA ALLAH….
Aku hanya insan yang lemah,
Yang tidak terlepas dari melakukan dosa..
Kau kuatkan lah IMAN aku..
Semoga aku dapat melaksanakan segala yang di tetapkan oleh Mu.
Kau tetapkanlah hati-hati kami semua,
Permudahkan lah perjalanan hidup kami.
AMIN

♥ Aku tetapLah Aku ♥



♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: :

~~** ♥ Aku tetapLah Aku ♥ **~~

♥ Tak seperti bintang di langit...
Tak seperti indah pelangi.....
Karena diriku bukanlah mereka....
Ku apa adanya.....
Dan wajahku memang begini.....
Sikapku jelas tak sempurna.....
Ku akui ku bukanlah mereka.....

♥ Ku apa adanya......
Menjadi diriku.....
Dengan segala kekurangan......
Menjadi diriku.......
Atas kelebihanku......

♥ Terimalah aku.....
Seperti apa adanya......
Aku hanya insan biasa.....
Ku pun tak sempurna.....
Tetap ku bangga.....
Atas apa yang ku punya......
Setiap waktu ku nikmati......
Anugerah hidup yang ku miliki......:)

♥ UntuKmu Sahabat_Q ♥......:)
Aku taK berharap tUk jadi seOrg yg terpeNting dLm hidUpmu,
krNa itu terLaLu suLit bagiKu.......!
...
Aku cuMa berharap suatu hari naNti jiKa kamU dengr nama_Q,
kaMu aKn tersenyUm & biLang......

♥ " dia SAHABAT aKu "
♥ " dia TEMAN baikku "
♥ " dia MENYAYANGIKU & bisa membUatKU terSENYUM bahagia.......:-D ;-) ♥



!________________.♫♥.__________

!________________.♥♫♥.____________.♥. * .* ..

!________________.♥♫♥♫.______-.♥♫♥. * .* . * .
!________________.♥♫♥♫♥._-.♥♫♥♫. * .* .
!_______________.♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥. * . * . * . * .
!__________-.♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥. * .* ..
!_____.♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥. * . * . * . * ..
!__________-.♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥. * . * . * ..
!_______________.♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥. * . * . * ..
!________________.♥♫♥♫♥._-.♫♥♫♥. * . *. * . * ..
!________________.♫♥♫♥.______-.♥♫♥. * .* ..
!________________.♥♫♥.____________.♥. * . *.



!______.♫♥.__________

!________________.♥♫♥.____________.♥. * .* ..

!________________.♥♫♥♫.______-.♥♫♥. * .* . * .

!__________.♥♫♥♫♥._-.♥♫♥♫. * .* .
!_______________.♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥. * . * . * . * .
!___-.♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥. * .* ..
!_____.♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥. * . * . * . * ..
!_______-.♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥. * . * . * ..
!______________.♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥. * . * . * ..
!________________.♥♫♥♫♥._-.♫♥♫♥. * . *. * . * ..
!________________.♫♥♫♥.______-.♥♫♥. * .* ..
!________________.♥♫♥.____________.♥. * . *.


Salam maNis & UkhUwah.........^_^

¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)
♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯ )¸.•' ´¯)♥
♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯) ¸.•'´ ¯)♥♥

.......ku sujud pada mu.........

(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_ )`'•. ¸_)♥
♥♥(_¸.•'´(_¸.•'´**`'•.¸_) `'•.¸ _)

Thursday, January 27, 2011

Berusaha Menjadi Yang Sempurna..

ASSALAMUALAIKUM....

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat ILLAHI kerana masih memberi peluang kepada saya untuk terus berada di bumi yang bertuah ini. Pada kali ini, saya ingin berkongsi pandangan saya dan semua yang baik itu datang dari Sang Pencipta dan yang khilaf itu datang dari yang di cipta..

Jika ingin bersahabat, jangan terlalu mencari sahabat yang sempurna..
Tetapi carilah seseorang yang boleh membuatkan kamu menjadi sempurna..
Bila kamu bersahabat dengannya….

Jika ingin mencari pasangan..
Jangan terlau mengharapkan yang soleh dan solehah…
Tetapi jadilah soleh dan solehah yang terlebih dahulu...

Sesungguhnya, kita semua di dunia ini tidak sempurna, tetapi kita akan menjadi sempurna apabila kita saling melengkapi antara satu sama lain.Pada masa kini, setiap orang menginginkan yang sempurna..tetapi kita harus sedar bahawa, kita semua ini tidak sempurna kerana hanya ALLAH yang memiliki segala sifat kesempurnaan itu.


Berusaha lah untuk menjadi yang sempurna pandangan ALLAH kerana Dia sentiasa berada di samping kita di kala suka dan duka.


Pada masa sekarang sesetengah dari kita terlalu mengharap yang sempurna dari seseorang contohnya apabila mereka melihat seseorang yang taat dan beriman kepada ALLAH, mereka terlalu mengharapkan kesempuranaan dari insan-insan seperti ini. Tidak salah untuk mengharapkan kesempurnaan dari mereka tetapi kita harus ingat, mereka juga manusia biasa dan setiap daripada kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Jangan kita sesekali menghina mereka jika mereka melakukan kesalahan kerana mereka juga sedang berusaha untuk menjadi yang sempurna pada pandangan ALLAH.


Tetapi kita harus mempunyai niat untuk menjadi seperti mereka yang soleh dan solehah. Berusaha lah menjadi sempurna di pandangan ALLAH berbanding di pandangan manusia di dunia ini. Ini kerana, manusia sering mencari kesalahan kita, tetapi ALLAH sentiasa menerima kita dalam keadaan apa sekali pun. Semoga kita semua, di beri petunjuk dan hidayah dari ALLAH untuk menjadi seperti mereka yang selalu mengabdikan diri di jalan ALLAH. INSYALLAH..


Sempurna peribadi itu lebih indah dari sempurna paras rupa. ALLAH tidak memandang pada paras rupa kita, tetapi ALLAH menilai pada tahap keimanan kita kepada Nya. Berusaha lah untuk menjadi sempurana selagi masih di beri peluang oleh ALLAH untuk terus hidup di dunia ini.


Bisik hati ku :


YA ALLAH.....
Hanya Mu yang memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan...
Aku hanya insan yang lemah yang tidak terlepas dari melakukan dosa...
Aku mohon pada Mu, Kau ampunilah dosa-dosa kami semua...

YA ALLAH...
Sesungguhnya, aku hanya insan yang hina...
Kau kuat kan lah iman aku...
Aku ingin menjadi muslimah yang sempurna pada pandangan MU...
Aku ingin terus beribadat kepada Mu...
Kuat kan aku, redhai lah aku....
Dalam aku menempuhi liku-liku hidup ini.....

AMIN...

Wednesday, January 26, 2011

Mati Itu Pasti...

ASSALAMUALAIKUM....

Syukur ke hadrat ILLAHI kerana masih memberi peluang kepada saya untuk menghirup udara yang segar ini. Sesungguhnya ini merupakan kekuasaan ALLAH s.w.t. untuk kita semua. Semoga saya terus berada di jalan yang benar dan terus berjuang untuk menegakkan agama yang mulia ini.

Pada post kali ini, saya ingin menyentuh kepada isu MATI. Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti, "Setiap yang bernyawa, pasti akan merasa detik kematian" . Hidup di dunia ini hanyalah sementara dan apa yang kita miliki sekarang hanyalah pinjaman dan kita bakal tinggalkan segalanya-sagalanya kecuali 3 perkara. Jadi sebagai manusia yang di beri peluang oleh ALLAH s.w.t untuk terus hidup di atas bumi ini, kita haruslah mengambil berat tentang 3 perkara ini.


Perkara-perkara tersebut adalah :
  • Sedekah Jariah 
  • Meninggalkan ilmu yang berguna kepada masyarakat 
  • Doa anak-anak yang soleh 
Hanya 3 perkara ini sahaja yang kita akan bawa apabila kita meninggalkan dunia ini. Jadi, ikhlas kan lah hati melakukan perkara-perkara tersebut supaya itu semua dapat menemani kita kelak.

Sedekah jariah ialah, kita sedekahkan harta kepada masyarakat seperti mendirikan sekolah, masjid dan lain-lain. Dan selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Meninggalkan ilmu yang berguna kepada masyarakat ialah mengajar masyarakat tentang ilmu-ilmu yang baik dan berguna iaitu ilmu dunia dan juga akhirat. Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Doa anak-anak yang soleh ialah setiap ibu bapa di dunia ini menginginkan anak-anak yang soleh. Jadi untuk mendapatkan anak-anak yang soleh dan solehah, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting di dalam mendidik mereka semua. Memang susah untuk mendidik tetapi percayalah mereka pasti terikut apabila ibu bapa mereka menjadi contoh yang terbaik di hadapan mereka. Jadi, didiklah anak sejak kecil supaya mereka bakal menjadi insan yang soleh dan solehah di kemudian hari dan sentiasa mendoakan kesejahteraam kita. Sekian.

Bisik hati ku...

YA ALLAH......
Aku mohon pada Mu,
Kau lindungilah orang-orang yang telah meninggalkan dunia ini..
Kau ampinilah segala dosa mereka....
Kau lindungilah ibu bapa kami.....
Kuatkanlah iman mereka...
Kurniakanlah rezeki yang halal kepada mereka...

YA ALLAH....
Jadikan lah kami semua anak-anak yang soleh & solehah kepada kedua ibu bapa kami.....
Supaya kami dapat berbakti kepada mereka....
AMIN.....

Nota Cinta Buatmu Bakal Suami ku..


ASSALAMUALAIKUM......

Syukur ALHAMDULILLAH ke hadrat ALLAH s.w.t kerana masih memberi peluang kepada saya untuk terus berkongsi pendapat di dalam blog ini. Sesungguhnya, segala yang baik itu datang dari yang Maha Pencipta dan buruk itu datang dari yang di cipta.... semoga kita sama-sama di berikan hidayah untuk terus beribadah kepada ALLAH s.w.t.

Untuk post kali ini, saya hanya ingin berkongsi satu cerpen yang agak menarik dan semoga cerpen ini dapat memberi ikhtibar dan pengajaran untuk kita semua. 

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.


Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.

”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.


“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.


Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.


Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.


”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.

”Astaghfirullahal azim..alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.


Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.


Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.


Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.

Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah...

Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.

Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.

Ikhlas, Izhar...

Wassalam saudaraku Muhd Izhar...

Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...

Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…


“Astaghfirullahal ’azim...Astaghfirullahal ‘azim…Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.


Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.


Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...




- Artikel iluvislam.com

Bisik hati ku:

YA ALLAH..
aku percaya, sesungguhnya setiap apa yang berlaku di alam ini, pasti ada hikmahnya...Jodoh, hidup dan mati ku telah di tetapkan oleh Mu..Kau berilah kekuatan kepada ku untuk terus redha dengan segala ketentuan Mu... Jika kau telah tetapkan jodoh untuk kami semua, Kau lindungilah dia... kuatkan imam kami supaya ibadah kami terus bertambah setiap hari.. Lindungilah perasaan kami ini, dan serahkan lah perasaan ini kepada yang halal kami serahkan....

YA ALLAH...
Kau lindungilah kami...Hanya kepada Mu, aku berharap dan meminta pertolongan.. Jika kami rindu, rindukan lah kami kepada orang-orang yang halal untuk kami rindui...semoga kami berjaya melindungi perasaan ini..AMIN....

Tuesday, January 25, 2011

Aku Cuma An-Nisaa

ASSALAMUALAIKUM.....

Syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana masih memberi peluang kepada saya untuk terus berkongsi idea di dalam rungan ini. Kali ini, saya ingin berkongsi satu harapan atau rintihan dari seorang teman. Semoga ALLAH memberi kita peluang untuk menjadi seperti mereka semua..

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah


Mampukah aku setabah dirinya?

Andai diuji sedikit sudah rebah..

Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..


Ya Allah..

Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah

Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..


Ya Allah..

Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah

Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada


Ya Rahman..

Kuatkan Imanku seperti Masyitah

Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.


Ya Allah..

Jadikan aku semulia Ummu Sulaim

Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah


Ya Allah..

Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya

Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..


Ya Allah...

Jadikan aku sehebat Aisya Humaira

Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah


Ya Allah..

Mampukah aku contohi dirinya?

Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..


Ya Allah..

Teringat diri pada Khansa

Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad


Ya Allah..

Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?

Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.


Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..

Diriku bukan setabah Ummu Khadijah

Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan


Wahai Kaum Hawa

Kita cuma An-Nisaa

Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!


Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam

Bukan untuk ditindas kerana lemah

Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

Bisik hati ku:

YA ALLAH,
Semoga Kau makbulkan semua permintaan kami....
Lindungilah kami dari segala godaan dunia...
Kami hanya insan lemah yang tak terlepas dari melakukan dosa....

YA ALLAH.... 
Kau bangunkan lah kami untuk menjadi wanita-wanita solehah...
Berilah kekuatan kepada kami untuk terus berada di jalan yang benar..
Yang akan menegakkan agama yang suci ini....
AMIN...

Monday, January 24, 2011

Khas Untuk Miss Ross Tersayang...


ASSALAMUALAIKUM...


Syukur ke hadrat ILLAHI kerana masih memberi peluang kepada saya untuk terus bernafas di bumi ini. Semakin hari, semakin banyak pengalaman yang harus kita semua tempuhi untuk melalui liku-liku hidup ini. Hanya kesabaran yang sentiasa mendampingi diri ini untuk terus bersabar dan redha dengan segala ketentuan ILLAHI. Walaupun hidup harus di teruskan, namun kenangan-kenangan silam tetap menghantui diri ini...

Post kali ini, di dedikasi khas buat ibu kami di KPMIM. Mungkin, ini hanya luahan hati saya seorang sahaja, tapi saya yakin, kawan-kawan yang lain turut merasakan perasaan yang sama seperti saya. Untuk MISS ROSS, saya sangat merindui miss. Detik-detik bersama dengan miss, tidak pernah saya lupakan. Miss sentiasa membuatkan kami happy dan membuatkan kami sentiasa bersemangat untuk meneruskan liku-liku hidup yang semakin mencabar ini.
kek besday MISS ROSS..
Ketika kami menghadapi masalah, miss sentiasa di sisi dan cuba untuk menyelesaikannya. Saya tahu, miss xsuka kami bergaduh. ALHAMDULILLAH, dengan izin ALLAH, kami berjaya menyelesaikan semuanya dengan berkat doa dan pertolongan dari miss juga...thanx a lot miss..

Ketika ini, mungkin saya jarang bertanya khabar miss, sudah hampir 2 bulan tidak bersua muka dengan miss...tapi percaya lah miss, saya sentiasa ingat pada miss dan saya amat berharap supaya dapat berjumpa miss suatu hari nati. Saya tahu, saya mungkin tidak dapat jadi seorang yang terbaik untuk miss tapi saya akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dan akan terus berdoa supaya miss sentiasa berbahagia di dunia dan juga di akhirat.
Present dari LUCKY NUMBER 5..

Setiap detik bersama sentiasa di ingatan. Jika dapat saya putarkan kembali saat-saat indah tersebut, pasti saya akan putarkan. Tetapi, masa lalu, tetap berlalu dan akan terus meninggalkan kita semua. Hanya kenangan yang sentiasa berada di igatan. 

Maybe, lepas nie kami dah xdapat nak sambut besday miss tapi INSYALLAH, kami akan sentiasa ingat tarikh keramat itu.. Miss, doakan supaya kami LUCKY NUMBER 5, sentiasa menjadi sahabat karib walaupun jarak memisahkan kami semua. AMIN

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Jadi,mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Tapi, saya harap, miss tidak akan lupakan kami walaupun lepas nie, miss pasti berjumpa dengan ramai lagi pelajar-pelajar yang jauh lebih baik dari kami....Jadikan kenangan bersama kami, salah satu kenangan terindah di dalam hidup miss....

p/s : Untuk Miss Ross :-


  • Thanx sbb sudi memenuhi kekosongan hidup 
  • Thanx sbb sudi jadi ibu saya 
  • Thanx sbb bagi bear yang sgt comey.. first bear in my life.. :D 
  • Thanx sbb sentiasa support n bg semangat dekat sy.. 
  • Thanx untuk segala-galanya.... 
  • You are always be in my heart...luv u so much! 
First bear in my life.. :D


    Bisik hati ku:
    YA ALLAH.......

    Hanya kepada Mu, aku meminta pertolongan...
    Hanya kepada Mu, aku berharap...
    Kau lindungilah Miss Ross dari segala musibah....
    Kau jadikan lah dia seorang INSAN yang sentiasa tabah menempuh liku-liku kehidupan...
    Kau jadikan lah dia seorang HAMBA yang sentiasa melabuhkan cinta nya kepada MU...
    Kau jadikan lah dia seorang ANAK yang solehah kepada ibu bapanya...
    Kau jadikanlah dia seorang ISTERI yang patuh dan taat kepada suami beliau..
    Kau jadikanlah dia, seorang IBU yang sentiasa kasih kepada anak-anaknya...
    kau jadikanlah dia, seorang PEKERJA yang sentiasa amanah dalam tugasnya...
    Kau jadikan lah dia, seorang MUSLIMAH yang sentiasa berjaya di dunia dan juga di akhirat..
    AMIN.....

    Tuesday, January 18, 2011

    Aku Tak Mahu Suami Aku Berdosa.. :D



    ASSALAMUALAIKUM.....

    ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat ILLAHI kerana masih di beri peluang untuk bernafas pada ketika ini. Saya ingin berkongsi satu artikel yg sangat indah dan semoga kita semua dapat menjadikan artikel ini sebagai satu pelajaran baru di dalam hidup kita... Semoga ALLAH sentiasa meredhai kita, di dunia dan juga di akhirat...AMIN


    Aku tak mahu suamiku berdosa
    Lantas aku melabuhkan jilbabku
    Berusaha menutup sempurna auratku

    Aku tak mahu suamiku berdosa
    Lantas aku perlengkapkan diriku
    Dengan ajaran agama
    Agar dapat membezakan
    Antara yang benar dan salah

    Aku tak mahu suamiku berdosa
    Lantas aku hadkan pergaulanku
    Dengan yang bukan mahramku

    Aku tak mahu suamiku berdosa
    Lantas aku menjaga diriku
    Agar terhindar dari fitnah manusia

    Aku tak mahu suamiku berdosa
    Kerana aku sayangkan suamiku
    Dan aku tak mahu suamiku terhumban
    Ke neraka jahanam kerana diriku

    Aku tak mahu suamiku berdosa
    Kerana aku

    Aku tak mahu suamiku berdosa..

    - Artikel iluvislam.com

    Bisik hati ku :


    YA ALLAH, Kau kuatkan lah IMAN aku.. semoga pada masa hadapan, ak akan menjadi seorng isteri yang solehah kepada suami aku.. 
    Bukan yang sempurna yang aku harapkan, tetapi aku berharap seorang insan yang boleh membimbing aku ke arah jalan yang di redhai MU.... 
    AMIN..

    Untuk bakal suami ku, semoga kau sentiasa membimbing aku dan sentiasa melindungi aku dari keasyikan di dunia ini.. 
    AMIN..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...