Hadir Bersama Berkat..

Thursday, February 14, 2013

Andai Rebah, Ayuh Bangkit !


Assalamu’alaikum..
Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani…

Kadang-kadang apabila di uji, kita akan rasa kecewa dan sedih. Dan yang paling menyedihkan lagi ialah, kita akan menyalahkan takdir. Kita tidak dapat menerima setiap apa yang berlaku itu dengan hati yang terbuka. Sebagai seorang hamba, kita perlu sentiasa bersangka baik kepada Allah… ^_^

Adakah ada kesedihan yg menimpa manusia yg Allah tidak peduli sedangkan Dia adalah Maha Penyayang dan Pengasih? Apakah ada derita yang sengaja diberi oleh Allah untuk menganiaya hamba-hambaNya? Adakah wujud kezaliman atau kesilapan pada takdir yg telah ditetapkan sedang Dia adalah Maha Adil dan Maha Sempurna?


                                                                                                                   
Hakikatnya kita yg jarang dapat bersangka baik kpd Allah krn mabuk dgn nikmat dunia !

noted: post ini sebagai peringatan untuk diri ini.. Andai rebah, ayuh bangkit ! 


Monday, July 9, 2012

Pilih saiz baju betul-betul ye.. ^_^


Assalamu’alaikum…

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani..

Syukur Alhamdulillah  atas keizinan nafas dan nadi ini untuk terus berada di dunia ini. Moga masa yang di anugerahkan ini digunakan sebaiknya oleh ana. Selawat dan salam buat utusan terakhir, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Post ana kali ini sangat simple dan ana harap semoga ia bermanfaat kepada kita semua. Walaupun simple, InsyaAllah ada mesej yang cuba ana sampaikan..

Khas buat sahabat-sahabat muslimah…

Bila anda berbadan saiz S..
Pakailah baju bersaiz M..
Bila anda berbadan saiz M..
Pakailah baju bersaiz L..
Bila anda berbadan saiz L..
Pakailah baju bersaiz XL..

Bukan....
Berbadan saiz M…
Pakai baju saiz S…
Berbadan saiz L…
Pakai baju saiz M…
Berbadan saiz XL…
Pakai baju saiz L…




Buat muslimah...
Tidak rugi seorang wanita itu menutup auratnya dengan sempurna, melainkan dia mendapat pahala di sisi Allah, InsyaAllah dia akan selamat dari segala macam fitnah...
Tutuplah aurat kita dengan sebaik-baiknya...kerana yang tertutup itu lebih berharga... J


Saturday, February 25, 2012

Jom join Usrah!.. ^_^

Assalamualaikum….

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani..

Syukur Alhamdulillah  atas keizinan nafas dan nadi ini untuk terus berada di dunia ini. Moga masa yang di anugerahkan ini digunakan sebaiknya oleh ana. Selawat dan salam buat utusan terakhir, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Pada post kali ini, ana ingin mengajak pembaca-pembaca entry ini, untuk join usrah..  
Percayalah, sekali anda join usrah, anda pasti akan jatuh cinta dengan Usrah..InsyaAllah..



Sahabat…

Alangkah bagus kalau kita tahu kesan USRAH kepada diri kita...

Usrah membentuk jambatan hati, untuk mencari redha ALLAH...

Jangan takut dengan perkataan USRAH....
Tidak semestinya yang berkopiah dan bertudung labuh shj boleh join usrah..
Tetapi usrah untuk semua..

Kerana kita saling nasihat menasihati & saling ingat mengingati kerana tujuan kita semua sama, mencari keredhaaan Allah...
Kita mungkin tidak mampu untuk menceritakan tentang INDAHNYA usrah, kalau kita sendiri tidak berada d dalam USRAH...
Jom sama2, kita join USRAH! Usrah untuk semua!...

I love USRAH!....
....

Wednesday, February 8, 2012

Janji oh Janji...^_^

Assalamualaikum..

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani..

Syukur Alhamdulillah  atas keizinan nafas dan nadi ini untuk terus berada di dunia ini. Moga masa yang di anugerahkan ini digunakan sebaiknya oleh ana. Selawat dan salam buat utusan terakhir, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Remaja dan cinta tidak dapat di elakkan. Apabila bercinta sebelum kahwin, mereka       sering bermain dengan kata-kata dan sentiasa memberi harapan kepada pasangan mereka. Bermain cinta itu manis, apatah lagi jika ianya diikat dengan janji… pelbagai janji yang sering kita sering dengar antara pasangan-pasangan kekasih.


Bagi diri ana,  jika kita betul-betul mahu berjanji, berjanjilah dengan Allah tanpa memberitahu orang tersebut. Ikatlah janji-janji kita dalam doa kepada Allah. Mohonlah kepada Allah supaya satukan kita dan dia. Buktikan kecintaan kita kepada dia, dengan perbanyakkan solat hajat dan doa. Percayalah, kita dan dia tidak akan bersatu andai Allah tidak mengizinkan kerana Allah adalah penentu jodoh dan  pemilik segala-galanya. Jadi tidak perlulah berjanji dengan insan yang belum halal untuk kita.

Sebelum anda berjanji dengan kekasih anda, lebih baik kita berjanji dengan ibu bapa kita, ingin menjadi anak yang soleh dan solehah. Berjanji untuk memperjuangkan agama Allah. Berjanji untuk menjadi hamba Allah yang betul-betul bertaqwa.

p/s: saya hanya percaya dengan janji ALLAH!...^_^

Thursday, January 26, 2012

Terhiris & Terguris?... ^_^

Assalamualaikum..

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani..

Syukur Alhamdulillah  atas keizinan nafas dan nadi ini untuk terus berada di dunia ini. Moga masa yang di anugerahkan ini digunakan sebaiknya oleh ana. Selawat dan salam buat utusan terakhir, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, ana masih mampu untuk terus menulis di sini setelah sekian lama menyepikan diri. Moga perkongsian yang di berikan ini mampu memberi manfaat buat insane yang membacanya. InsyaAllah..



Terhiris dan Terguris?


Sekadar ingin berkongsi pandangan, terhiris dan terguris itu perkara biasa dalam kehidupan seharian. Hampir setiap hari, kita akan terasa dengan kata-kata atau tindakan dari orang-orang di sekeliling kita. Tapi, pernah tak, kita terfikir, ramai orang yang terhiris dan terguris dengan kata-kata dan tindakan kita? Terutama dalam persahabatan. Walau seakrab dan sebaik mana pun kita dengan teman  kita, pasti kita atau dia akan terasa.


Lumrah persahabatan,
Terhiris terguris menguji persahabatan,
Hanyalah satu ujian,
Bukan satu halangan,
Untuk terus berkasih sayang,
Hadapi dengan iman,
Suburkan dengan bermaaf-maafan,
Sematkan doa-mendoakan.

Andai kita pernah terasa dengan orang-orang sekeliling, cubalah sedaya upaya untuk melupakan dan memaafakannya kerana tanpa kita sedar, kita sendiri juga sering melukakan perasaan mereka. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Hal-hal yang lepas jadikan sebagai pengajaran untuk kita semua. Teruskan melangkah membina hidup baru dan sentiasa berusaha untuk melapangkan fikiran kita dalam menerima apa jua cubaan yang menimpa diri kita semua.

Jauhilah kamu daripada berprasangka buruk kerana prasangka buruk itu adalah percakapan yang paling dusta.
 (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud dan al-Tarmizi daripada Abu Hurairah r.a)


p/s : Sungguh! Diri ini, sangat merindui sahabat-sahabat seperjuangan. Semoga Allah memberkati kalian, walau di mana pun, kalian berada.

Wednesday, December 7, 2011

Sahabat..Teman...^_^

Assalamualaikum…

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan kami, Saiyidina Muhammad dan ke atas keluarganya dan para sahabatnya semua.

Alhamdulillah, masih di beri keizinan oleh ALLAH untuk terus bernafas di bumi ini dan masih memberi nikmat iman dan islam. Sesungguhnya, nikmat iman dan islam merupakan nikmat yang paling berharga. Semoga hidayah dari Allah, terus menerus menyinari kehidupan kita seharian.InsyaAllah.

Selemah-lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang di cari..
(Saidina Ali)

Pada kali ini, ana hanya ingin berkongsi sesuatu, semoga ia bermanfaat. Ana percaya, setiap daripada kita, mempunyai sahabat sejati yang sentiasa di sisi. Tanpa sahabat, siapalah kita. Sahabat merupakan insan yang paling rapat dalam hidup kita, selain ibubapa.

Sedangkan Nabi dahulu pun, memerlukan sahabat untuk menolong beliau dalam menyebarkan dakwahnya. Ketika ingin menyebarkan dakwahnya, Rasulullah telah pergi ke rumah Abu Bakar, untuk memberitahu tentang kisah penghijrahan beliau. Lalu, Abu Bakar bertanya  kepada Rasulullah, adakah Baginda memerlukan seorang TEMAN?Baginda menjawab, YA.

The relationship is not how long we have been together....
Not how much we have give and take....
Not how many times we talk.....
Its all about how we value each other.....


            Ini menunjukkan bahawa, seorang teman itu amat penting dalam kehidupan kita. Setiap saat kita memerlukan seseorang untuk berkongsi suka dan duka bersama. Tanpa mereka, siapalah kita. Sama-sama kita menjaga persahabtan kita semua. Jujurlah dalam bersahabat, ingatkan andai sahabat terlupa. Berusahalah untuk amanah andai di beri sesuatu tanggungjawab dari sahabat kita.

Seorang teman yang memahami airmata mu jauh lebih berharga daripada seratus teman yang hanya mempercayai senyuman mu....

Jika aku menyakiti hati mu, bukan niat ku untuk menyakiti mu, bukan niat ku untuk melukakan hati mu, maafkan aku kerana aku masih tidak sempurna....


Teman..

Maafkan aku, andai sepanjang persahabatan kita, aku sering menyakiti hati mu, secara sedar ataupun tidak…sesungguhnya, diri ini sentiasa melakukan kesilapan..

Tegurlah aku..semoga dengan teguran itu dapat membuatkan diri ini lebih sempurna..

Ingatkan aku, andai aku terleka di buai mimpi indah dunia, sesunguhnya aku sering leka dengan duniawi yang penuh dengan keasyikan ini…

Sedarlah, kita berkawan bukan hanya di dunia, tapi kekalkan persahabatan kita hingga ke SyurgaNya...

Lakukan sesuatu demi persahabatan kita supaya setiap saat kita bersama sentiasa berada di bawah naunganNya....

Semoga ALLAH memberkati persahabatan kita. InsyaAllah....

Bisik Hati ku.. 
YA ALLAH..

Segala puji di berikan untuk mu..

Sesungguhnya, kami hanyalah insan yang lemah yang sering memohon petunjuk dan hidayah dari mu..

Bimbinglah kami ke arah jalan yang di redhai..

Dekatkan kami, dengan insan-insan yang sentiasa berada di jalan Mu..

Kenalkan kami tentang indahnya, menjalinkan sebuah persahabatan kerana Mu..

Bantulah kami..kekalkan persahabatan kami..

Ampunilah dosa kami dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..
AMIN..



Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433...^_^

Assalamualaikum..

Sudah lama ana meninggalkan blog ini, tanpa khabar berita. Mohon maaf kerana tidak terus menaip sesuatu yang perlu di kongsikan bersama. Ini merupakan kelemahan diri ini, yang tidak istiqomah untuk terus menulis dan berkongsi, semoga ALLAH memaafkan diri ini.

Apa khabar iman kita semua? Di harapkan kita sentiasa berada di dalam redha ALLAH. Insya Allah, pada kali ini, ana ingin berkongsi sesuatu dan  di harap agar ilmu ini dapat memberi faedah kepada kita semua. Insya Allah.

Berubah lah kerana ALLAH bukan kerana MANUSIA....
kerana ALLAH yang akan sentiasa bersama kita, bukan MANUSIA..


HIJRAH? Apa yang kita faham tentang maksud HIJRAH. Kita sentiasa sering kaitkan hijrah ialah, penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w bersama sahabatnya dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Tapi, apakah yang kita faham dengan maksud hijrah yang bertepatan dengan situasi pada masa kini? Bagi ana, hijrah ialah satu perubahan dari buruk kepada baik, dan dari baik kepada lebih baik. Sebagai manusia, kita jangan pernah berhenti untuk terus melakukan penghijrahan, kerana kita semua tidak sempurna.

"Hijrah ialah satu perubahan dari buruk kepada baik, dan dari baik kepada lebih baik"



Selain itu, hijrah juga bermaksud pengorbanan. Pengorbanan golongan wanita juga berlaku pada ketika itu, iaitu pengorbanan Saiditina Asma. Selama Nabi Muhammad dan Abu Bakar berada di Gua Thur, Saiditina Asma merupakan mujahidah yang sering menghantar makanan kepada mereka. Ini menunjukkan bahawa, wanita juga memainkan peranan ketika proses hijrah berlaku.

Akhir sekali, semoga kita sentiasa berhijrah untuk sentiasa menjadi yang lebih baik pada masa hadapan. Hijrah kita pasti akan membawa kemenangan kepada kita di akhirat nanti. Insya ALLAH. Hayatilah, bait-bait kata di bawah ini, supaya ia menjadi satu pendorong untuk kita terus berusaha dan berubah ke arah kebaikan.



Sahabat...Ingatlah....

Umat islam itu adalah perilakunya hari ini, lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini..
Sama-sama kita teruskan HIJRAH kita.. walaupun, dosa-dosa silam sntiasa menghantui diri kita..
Bertekadlah untuk berubah dan teruslah melangkah ke arah yang lebih baik tanpa terpengaruh dengan dosa-dosa silam...
Ingatlah ALLAH itu MAHA PENGAMPUN....
Mohon lah pada ALLAH, supaya di kuatkan IMAN di hati untuk terus melangkah demi agama yang suci ini....

Sempena MAAL HIJRAH tahun ini, ucapkan selamat tinggal pada kesedihan, hindarkan lorong-lorong dosa yang penuh dengan kebenciaan, raikan ketenangan apabila bersama ALLAH.. sama-sama kita berhijrah, dan segera kembali ke jalan yang di redhai oleh ALLAH....

Beruntunglah kita andai kita sentiasa berada di dalam keredhaan ALLAH kerana HIJRAH yang kita lakukan..ingatlah kita BERHIJRAH untuk mengubah kehidupan AKHIRAT & mencari keredhaan ALLAH.....

SALAM  MAAL HIJRAH 1433.....^_^
  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...