Hadir Bersama Berkat..

Wednesday, December 7, 2011

Sahabat..Teman...^_^

Assalamualaikum…

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan kami, Saiyidina Muhammad dan ke atas keluarganya dan para sahabatnya semua.

Alhamdulillah, masih di beri keizinan oleh ALLAH untuk terus bernafas di bumi ini dan masih memberi nikmat iman dan islam. Sesungguhnya, nikmat iman dan islam merupakan nikmat yang paling berharga. Semoga hidayah dari Allah, terus menerus menyinari kehidupan kita seharian.InsyaAllah.

Selemah-lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang di cari..
(Saidina Ali)

Pada kali ini, ana hanya ingin berkongsi sesuatu, semoga ia bermanfaat. Ana percaya, setiap daripada kita, mempunyai sahabat sejati yang sentiasa di sisi. Tanpa sahabat, siapalah kita. Sahabat merupakan insan yang paling rapat dalam hidup kita, selain ibubapa.

Sedangkan Nabi dahulu pun, memerlukan sahabat untuk menolong beliau dalam menyebarkan dakwahnya. Ketika ingin menyebarkan dakwahnya, Rasulullah telah pergi ke rumah Abu Bakar, untuk memberitahu tentang kisah penghijrahan beliau. Lalu, Abu Bakar bertanya  kepada Rasulullah, adakah Baginda memerlukan seorang TEMAN?Baginda menjawab, YA.

The relationship is not how long we have been together....
Not how much we have give and take....
Not how many times we talk.....
Its all about how we value each other.....


            Ini menunjukkan bahawa, seorang teman itu amat penting dalam kehidupan kita. Setiap saat kita memerlukan seseorang untuk berkongsi suka dan duka bersama. Tanpa mereka, siapalah kita. Sama-sama kita menjaga persahabtan kita semua. Jujurlah dalam bersahabat, ingatkan andai sahabat terlupa. Berusahalah untuk amanah andai di beri sesuatu tanggungjawab dari sahabat kita.

Seorang teman yang memahami airmata mu jauh lebih berharga daripada seratus teman yang hanya mempercayai senyuman mu....

Jika aku menyakiti hati mu, bukan niat ku untuk menyakiti mu, bukan niat ku untuk melukakan hati mu, maafkan aku kerana aku masih tidak sempurna....


Teman..

Maafkan aku, andai sepanjang persahabatan kita, aku sering menyakiti hati mu, secara sedar ataupun tidak…sesungguhnya, diri ini sentiasa melakukan kesilapan..

Tegurlah aku..semoga dengan teguran itu dapat membuatkan diri ini lebih sempurna..

Ingatkan aku, andai aku terleka di buai mimpi indah dunia, sesunguhnya aku sering leka dengan duniawi yang penuh dengan keasyikan ini…

Sedarlah, kita berkawan bukan hanya di dunia, tapi kekalkan persahabatan kita hingga ke SyurgaNya...

Lakukan sesuatu demi persahabatan kita supaya setiap saat kita bersama sentiasa berada di bawah naunganNya....

Semoga ALLAH memberkati persahabatan kita. InsyaAllah....

Bisik Hati ku.. 
YA ALLAH..

Segala puji di berikan untuk mu..

Sesungguhnya, kami hanyalah insan yang lemah yang sering memohon petunjuk dan hidayah dari mu..

Bimbinglah kami ke arah jalan yang di redhai..

Dekatkan kami, dengan insan-insan yang sentiasa berada di jalan Mu..

Kenalkan kami tentang indahnya, menjalinkan sebuah persahabatan kerana Mu..

Bantulah kami..kekalkan persahabatan kami..

Ampunilah dosa kami dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..
AMIN..



Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433...^_^

Assalamualaikum..

Sudah lama ana meninggalkan blog ini, tanpa khabar berita. Mohon maaf kerana tidak terus menaip sesuatu yang perlu di kongsikan bersama. Ini merupakan kelemahan diri ini, yang tidak istiqomah untuk terus menulis dan berkongsi, semoga ALLAH memaafkan diri ini.

Apa khabar iman kita semua? Di harapkan kita sentiasa berada di dalam redha ALLAH. Insya Allah, pada kali ini, ana ingin berkongsi sesuatu dan  di harap agar ilmu ini dapat memberi faedah kepada kita semua. Insya Allah.

Berubah lah kerana ALLAH bukan kerana MANUSIA....
kerana ALLAH yang akan sentiasa bersama kita, bukan MANUSIA..


HIJRAH? Apa yang kita faham tentang maksud HIJRAH. Kita sentiasa sering kaitkan hijrah ialah, penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w bersama sahabatnya dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Tapi, apakah yang kita faham dengan maksud hijrah yang bertepatan dengan situasi pada masa kini? Bagi ana, hijrah ialah satu perubahan dari buruk kepada baik, dan dari baik kepada lebih baik. Sebagai manusia, kita jangan pernah berhenti untuk terus melakukan penghijrahan, kerana kita semua tidak sempurna.

"Hijrah ialah satu perubahan dari buruk kepada baik, dan dari baik kepada lebih baik"



Selain itu, hijrah juga bermaksud pengorbanan. Pengorbanan golongan wanita juga berlaku pada ketika itu, iaitu pengorbanan Saiditina Asma. Selama Nabi Muhammad dan Abu Bakar berada di Gua Thur, Saiditina Asma merupakan mujahidah yang sering menghantar makanan kepada mereka. Ini menunjukkan bahawa, wanita juga memainkan peranan ketika proses hijrah berlaku.

Akhir sekali, semoga kita sentiasa berhijrah untuk sentiasa menjadi yang lebih baik pada masa hadapan. Hijrah kita pasti akan membawa kemenangan kepada kita di akhirat nanti. Insya ALLAH. Hayatilah, bait-bait kata di bawah ini, supaya ia menjadi satu pendorong untuk kita terus berusaha dan berubah ke arah kebaikan.



Sahabat...Ingatlah....

Umat islam itu adalah perilakunya hari ini, lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini..
Sama-sama kita teruskan HIJRAH kita.. walaupun, dosa-dosa silam sntiasa menghantui diri kita..
Bertekadlah untuk berubah dan teruslah melangkah ke arah yang lebih baik tanpa terpengaruh dengan dosa-dosa silam...
Ingatlah ALLAH itu MAHA PENGAMPUN....
Mohon lah pada ALLAH, supaya di kuatkan IMAN di hati untuk terus melangkah demi agama yang suci ini....

Sempena MAAL HIJRAH tahun ini, ucapkan selamat tinggal pada kesedihan, hindarkan lorong-lorong dosa yang penuh dengan kebenciaan, raikan ketenangan apabila bersama ALLAH.. sama-sama kita berhijrah, dan segera kembali ke jalan yang di redhai oleh ALLAH....

Beruntunglah kita andai kita sentiasa berada di dalam keredhaan ALLAH kerana HIJRAH yang kita lakukan..ingatlah kita BERHIJRAH untuk mengubah kehidupan AKHIRAT & mencari keredhaan ALLAH.....

SALAM  MAAL HIJRAH 1433.....^_^
  


Thursday, August 11, 2011

Sanah Helwah Afifah...^_^


Assalamualaikum….
Dengan bertambahnya umur ini,
Maka semakin singkat masa untuk aku beribadah kepada Mu, Ya ALLAH..


Alhamdulillah, tanggal 10 ogos 2011, genaplah umur ku, 21 tahun. Terima kasih ya ALLAH kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus berada di bumi ini dan mengizinkan ku untuk terus beribadah kepada Mu. Diri ini amat mengharapkan hidayah dari mu, Ya ALLAH..semoga daku sentiasa istiqomah dalam mencari redha Mu, Insyallah.

Untuk kedua ibubapa ku.. terima kasih kerana telah mendidik diri ini semenjak kecil hingga sekarang. 21 tahun yang lalu, Umi bergadai nyawa untuk melahirkan diri ku, ke dunia ini. Abah resah gelisah dan berdoa kepada ALLAH supaya menyelamatkan kami berdua. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, kami selamat dan diri ku, dapat melihat dunia ini selepas azan Maghrib. Mereka bersyukur ke hadrat ALLAH, dengan kelahiran puteri sulung ini. Abah dan Umi, redha dari kalian amat diri ini harapkan untuk terus berjaya di dunia dan akhirat. Insyallah, diri ini akan ingat semua jasa abah dan umi dan akan berusaha untuk menjadi anak yang solehah. Aku akui,aku  tidak mampu untuk manjadi anak solehah seperti Saiditina Fatimah Az-Zahra terhadap Rasulullah, tetapi diri ku, akan sentiasa berusaha untuk mencontohi srikandi Islam itu. Insyallah.

Sebaris nama…..
SITI NUR A’FIFAH BT AZLAN..
semoga diri ini, mampu menjadi hamba yang sentiasa patuh kepada suruhan ALLAH, menjadi puteri solehah kepada Abah & Umi, kakak untuk adik-adikku, sahabat yang ikhlas untuk sahabat-sahabat ku dan sentiasa berjuang demi agama ISLAM..Insyallah.

Untuk semua sahabat-sahabat, terima kasih kerana sudi mendoakan diri yang hina ini. Semoga apa yang kita hajati akan di makbulkan oleh ALLAH. Terima kasih kerana kalian sudi menjadi sahabat ku. Semoga redha ALLAH sentiasa bersama kalian. Insyallah.

Kek dari sahabat2 karib..^_^

 Semakin bertambahnya usia diri ini,
Maka semakin dekatlah ia denganku..
Iaitu KEMATIAN.

Imam Al-Ghazali pernah berkata :
“Yang paling dekat dengan mu, adalah Kematian”



Semoga hari kelahiran ku ini, memberi semangat baru kepada diri yang hina ini untuk terus bermuhasabah diri dan sentiasa bertaubat kepada ALLAH atas dosa-dosa yang terdahulu. Aku akan berusaha untuk sentiasa mencari keredhaan mu, Ya ALLAH. Perkenankan doa hamba mu ini Ya ALLAH. AMIN.

Salam Ramadhan....

Monday, July 25, 2011

8 Sebab Wanita Cantik Bertudung....^_^

Assalamualaikum...
1)Tuntutan agama
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.

 2) Mengurangkan dosa
Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

3) Lebih pintar dan tenang
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir
 
Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampu, pewarna rambut yang mahal atau pergi ke salun.
5) Lebih sopan dan manis

Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi wanita2 nie ada value added sebenarnya)
 
  6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia yang merosakkan. 
 
7) Menjadikan diri anda “Mahal”
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya yang tinggi di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8) Lebih dihormati
 
Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi..
Bertudunglah dengan sebenar-benar tudung, mengikut syariat yang telah di tetapkan oleh ALLAH s.w.t.. Ingatlah, menutup aurat itu wajib bagi setiap hamba ALLAH. 

Friday, July 22, 2011

Cintaku, Selepas ALLAH & Rasul.. ^_^


Assalamualaikum...


Post kali ini, ana khususkan kepada pasangan-pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga. Semoga cinta antara kalian, kekal hingga ke syurga ALLAH…AMIN

Menanti tibanya saat lafaz sakinah, untuk mencari keredhaan ALLAH.. apabila dua jiwa telah bertemu, lantas dua hati itu akan bersatu, semoga bersatunya hati untuk saling mencintai ALLAH yang satu..INSYALLAH..

Semoga cinta antara kalian, seutuh kasih dan cinta antara Rasulullah s.a.w  dan Saiditina Siti Khadijah dan juga Saidina Ali dan Saiditina Fatimah Az-Zahra..AMIN


 "Dan kahwinkanlah orang2 bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang2 yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.." (Surah An-Nisaa': 1)

Aku mencintaimu kerana agamamu,
jika hilang agamamu,
hilanglah cinta ku padamu.. (Imam Nawawi )

Monday, July 4, 2011

Cinta? Diamkan lah....^_^

Assalamualaikum….

Syukur ke hadrat ke ILLAHI, kerana masih memberi peluang untuk ana, terus bernafas di bumi ini. Tidak ada nikmat yang paling berharga selain nikmat iman dan islam. Sudah lama tidak mengupdate blog ini kerana terlalu sibuk. 


Diam itu lebih baik.. itu yang ingin ana kongsikan pada post kali ini. Topik ‘cinta’ sangat famous dalam kalangan remaja. Jadi, ana mengambil peluang untuk berkongsi serba sedikit tentang cinta dan bagi ana, andai kita mencintai seseorang maka, diamkan lah..serahkan segala-galanya kepada ALLAH.



Jika diri mu jatuh cinta..maka diamkan lah...kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu... jika dirinya, bukan untuk mu, redhailah...kerana ALLAH pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untuk mu...DIAM ITU LEBIH BAIK..
Diam ku...bukan kerana membenci kehadirannya..tetapi ingin menjaga kesuciannya...Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...
Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa. Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?

Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra? Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin, ALLAH s.w.t, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)...

"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadist)

Ramai yang berkata, kalau kita diam, macam mana si dia nak tahu, tentang perasaan, kita?.Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh ALLAH s.w.t. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tapi risaulah andai diri mu, tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi diri mu.


Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah...

Tapi, ingatlah…Cinta ALLAH, adalah Cinta yang kekal abadi.. Kejarlah cinta ALLAH dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan di sebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara. Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi.  Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah..

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh ALLAH. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan ALLAH bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa
Apabila, lelaki mengatakan diri mu, seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan diri mu, sukar untuk di dekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga diri mu dan dirinya jua.

Untuk Adam..
Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta diri mu, bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam ISLAM.


Bisik hati ku:

"Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita.
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu. Janji ALLAH pastiku pegang dalam misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik"

Ya Allah...
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah…

Friday, June 17, 2011

Kisah Berpisahnya Roh Dari Jasad.... ^_^


Assalamualaikum....
Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin. "Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku seperti satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.

Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"


Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk yang hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a :

"Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang akan memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya datang dan ia melihat jasadnya dalam keadaan telanjang dan dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut. "Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat,

"Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,"Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku supaya aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidaka kan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."


Wednesday, June 15, 2011

Wanita Contoh Di Dalam Islam...^_^



Assalamualaikum....
Siapakah mereka? Jom sama-sama kita kenali mereka semua dengan lebih terperinci...


1. Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.

2.Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.

3.Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.

4.Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.

5.Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.

 

6.Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku. Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, Bangun wahai anakku. Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan? Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, Ini dia orang yang telah melukakan anakmu. Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya, kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya.

7.Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini? Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim. Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini? Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, Kenapakah berlaku begitu? Ummu Salamah berkata, Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.

8.Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan. Siapakah pula yang mengingati Asma binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.

9.Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji?

Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in mari kita teringatkan perempuan-perempuan itu. Dan berusaha menjadi seperti mereka :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...