Hadir Bersama Berkat..

zikrullah n doa

Friday, March 4, 2011

Husnu-Zon (Bersangka Baik)


Assalamualaikum...
Syukur ALHAMDULILLAH kerana masih di beri peluang oleh ALLAH s.w.t untuk terus bernafas dan terus berada di bumi. Kali ini, ana ingin berkongsi sesuatu dan ia amat sesuai untuk kita semua.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


Bisik hati ku:

YaAllah, tetapkanlah hati ku utk terus bersangka baik dengan persekitaran sekeliling ku, walaupun ia amat sukar untuk ku mengenal 'husnu-zon' setelah banyak 'perkara' yang berlaku...aku pasti ujian-Mu itu untuk 'mengajar serta memberi pengajaran kepadaku.. 
Ya Allah kekalkan aku sifat kehambaan terhadap-Mu YaAllah.. Ya Allah ampunilah dosa-dosa  mereka yang aku sayangi kerana  ku tahu KAU 'penjaga' yang terbaik.....
Ameen Ya Rabb..


4 comments:

  1. syukran dengan kata2 hikmah...mmg menusuk kalbu..insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah kawe pon masih cuba husnuzon sesama umat manusia...

    ReplyDelete
  3. kejora cinta:afwan ukhti..sama2 kita hayatinya.. ^_^

    'Ammar:sama dgn sy..huhu..semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita..AMIN

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...