Assalamualaikum.....
Aku Tinggalkan Dia Demi ALLAH…
Dengan Nama ALLAH..Sebaik-baik pemberi ganjaran..
Nama mu kah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemani ku ke jalan menuju syurga?
Dirimu kah yang akan melengkapkan separuh dari agama ku?
Adakah Kau yang tercipta untuk ku?
Jawab pertanyaan ku ini..
Jawab!
Ku tahu.. Kau tidak akan pernah dapat memberi jawapan..
Kerna jawapan bukan di tangan mu..
Tetapi di tangan ALLAH..
Tuhan ku dan Tuhan mu jua..
Gelisah ku memikirkan diri mu..
Dan ketakutan ku memikirkan Tuhanku
Aduhai lelaki..Maafkan aku..
Ketakutan ku kepada Tuhan ku melebihi kegelisahanku memikirkan mu.
.
Jemput diriku bila waktunya tiba..
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama si DIA..
Akan ku cipta cinta bersama DIA..
Sebelum ku cipta cinta antara kita..
Jadilah diri mu kumbang yang hebat..
Doakan aku semoga menjadi bunga yang mekar..
Aku tinggalkan diri mu pada NYA…
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini…
Jika benar aku tercipta untuk mu
Tiada apa yang dapat menghalangnya..
Sebelum saat itu tiba, berdoalah kepada ALLAH supaya diberi kekuatan..
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap..
Yakinlah dengan janji ALLAH..
Sesungguhnya ALLAH tidak akan pernah mensia-siakan pengorbanan mu..
Bilamana kita tinggalkan semuanya kerana ALLAH semata..
Yakinlah…
Akan ada sesuatu yang indah di pengakhiran mu nanti..
Beruntunglah kamu..
Tatkala ALLAH memilihmu untuk menyedari hakikat antara lelaki dan perempuan..
ALLAH memilihmu…
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang ALLAH ini
Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNYA
ALLAH itu dekat..Itulah yang pasti..
Dan jika syaitan menggangumu dengan suatu ganguan..
Maka pohonlah perlindungan dari ALLAH..
AMIN
AMIN
hmm,thanz...serba sedikit ia bagi kekuatan tuk diri yang lemah ini.
ReplyDelete