Hadir Bersama Berkat..

zikrullah n doa

Thursday, May 5, 2011

Tudung Labuh. ^_^


Assalamualaikum….

Syukur ke hadrat ILLAHI, kerana dengan izinNYA dapat lagi saya meneruskan usaha dakwah saya di dalam blog yang serba kekurangan ini. Nikmat iman dan islam amatlah bermakna bagi diri ini. Semoga ALLAH sentiasa melindungi kita semua di dunia dan di akhirat.

Kali ini, saya ingin berkongsi tentang tudung labuh? Ramai yang bertanya, “Kenapa perlu pakai tudung labuh ye? Tak panas ke?” Soalan-soalan begini sering saya dengar dari insan-insan sekeliling. Sebenarnya, suatu ketika dahulu soalan-soalan begini juga saya sering ajukan kepada kakak-kakak yang bertudung labuh. Dan jawapan yang dapat, adik bila kita pakai tudung labuh, itu lebih selamat dan dapat melindungi  kita dari pandangan lelaki dan ia juga dapat menutup aurat kita dengan lebih sempurna.


"Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, `hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu."

ALHAMDULILLAH, sesungguhnya ALLAH itu Maha Mendengar setiap doa hamba-hambanya. Sokongan dari keluarga dan rakan-rakan sekalian membuatkan diri ini semakin berusaha untuk sentiasa  bertudung labuh. ‘Tidak kenal maka tidak cinta’, itulah ungkapan yang sesuai bagi saya. Sekarang saya sudah jatuh cinta dengan tudung labuh dan berharap semakin bertambahlah cinta saya kepada tudung labuh. INSYALLAH. 

Yang tertutup itu indah!

Masih ramai yang mempertikaikan, “pakai je tudung labuh, perangai bukannya baik sangat pun”, kata-kata ini sering di lontarkan kepada wanita-wanita yang bertudung labuh. Sedarkah kalian, “setiap manusia tidak terlepas dari melakukan dosa”. Kami sedang berusaha untuk memperbaiki diri kami, doakan semoga kita semua dapat menjadikan srikandi-srikandi ISLAM terdahulu sebagai contoh di dalam hidup ini.  

Semoga dengan bertudung labuh, ia boleh menjadi satu galakan untuk diri ini, sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa kerana kita sering menjadi perhatian masyarakat sekeliling. Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dari kami kerana kami juga manusia biasa yang sedang memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih sempurna. Tudung labuh adalah satu usaha mulia dalam mematuhi firman ALLAH yang mewajibkan setiap insan bergelar wanita yang baligh menutup aurat mereka. Melindungi mahkota yang indah dari pandangan yang bukan muhrim.

Wassalam.

“Jangan kau sangka LABUH TUDUNG ku tanda alimnya diriku, aku juga seperti mu, masih mencari-cari segenap cahaya, buat menerangi sepanjang perjalanan, kerana tudung ku ini bukan sekadar menutupi tetapi melindungi, jua mengingatkan diri ini, menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu bunga diri”.

7 comments:

  1. alhamdulillah..
    semoga kita semua istiqamah dengan segala amalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah..insyaAllah.amin =)

    ReplyDelete
  2. moga terus istiqamah , mmbawa nama srikandi Islam ^_^

    ReplyDelete
  3. INSYALLAH..moga kita semua terus istiqamah....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..salam ukhuwah
    ~nak bertanya pendapat tentang bertudung labuh..kebanyakan masyarakat menganggap perempuan yang memakai tudung labuh itu adalah perempuan yang berilmu pengetahuan tinggi dan pandai?

    ReplyDelete
  5. waalaikumusalam...salam ukhuwah juga...
    sy pun sering mendengar pendapat2 tersebut dr org sekeliling..hemm..bg sy, xsalah bila mereka beranggapan begitu kpd kita.. sekurang2nya, kita pasti akan sentiasa berusaha utk mempelajari sesuatu yg baru dari masa ke semasa...

    ReplyDelete
  6. Istiqamah pada zahir ini moga dapat membuat hati kita bertaut utuh padaNya....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...