Hadir Bersama Berkat..

zikrullah n doa

Monday, January 24, 2011

Khas Untuk Miss Ross Tersayang...


ASSALAMUALAIKUM...


Syukur ke hadrat ILLAHI kerana masih memberi peluang kepada saya untuk terus bernafas di bumi ini. Semakin hari, semakin banyak pengalaman yang harus kita semua tempuhi untuk melalui liku-liku hidup ini. Hanya kesabaran yang sentiasa mendampingi diri ini untuk terus bersabar dan redha dengan segala ketentuan ILLAHI. Walaupun hidup harus di teruskan, namun kenangan-kenangan silam tetap menghantui diri ini...

Post kali ini, di dedikasi khas buat ibu kami di KPMIM. Mungkin, ini hanya luahan hati saya seorang sahaja, tapi saya yakin, kawan-kawan yang lain turut merasakan perasaan yang sama seperti saya. Untuk MISS ROSS, saya sangat merindui miss. Detik-detik bersama dengan miss, tidak pernah saya lupakan. Miss sentiasa membuatkan kami happy dan membuatkan kami sentiasa bersemangat untuk meneruskan liku-liku hidup yang semakin mencabar ini.
kek besday MISS ROSS..
Ketika kami menghadapi masalah, miss sentiasa di sisi dan cuba untuk menyelesaikannya. Saya tahu, miss xsuka kami bergaduh. ALHAMDULILLAH, dengan izin ALLAH, kami berjaya menyelesaikan semuanya dengan berkat doa dan pertolongan dari miss juga...thanx a lot miss..

Ketika ini, mungkin saya jarang bertanya khabar miss, sudah hampir 2 bulan tidak bersua muka dengan miss...tapi percaya lah miss, saya sentiasa ingat pada miss dan saya amat berharap supaya dapat berjumpa miss suatu hari nati. Saya tahu, saya mungkin tidak dapat jadi seorang yang terbaik untuk miss tapi saya akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dan akan terus berdoa supaya miss sentiasa berbahagia di dunia dan juga di akhirat.
Present dari LUCKY NUMBER 5..

Setiap detik bersama sentiasa di ingatan. Jika dapat saya putarkan kembali saat-saat indah tersebut, pasti saya akan putarkan. Tetapi, masa lalu, tetap berlalu dan akan terus meninggalkan kita semua. Hanya kenangan yang sentiasa berada di igatan. 

Maybe, lepas nie kami dah xdapat nak sambut besday miss tapi INSYALLAH, kami akan sentiasa ingat tarikh keramat itu.. Miss, doakan supaya kami LUCKY NUMBER 5, sentiasa menjadi sahabat karib walaupun jarak memisahkan kami semua. AMIN

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Jadi,mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Tapi, saya harap, miss tidak akan lupakan kami walaupun lepas nie, miss pasti berjumpa dengan ramai lagi pelajar-pelajar yang jauh lebih baik dari kami....Jadikan kenangan bersama kami, salah satu kenangan terindah di dalam hidup miss....

p/s : Untuk Miss Ross :-


  • Thanx sbb sudi memenuhi kekosongan hidup 
  • Thanx sbb sudi jadi ibu saya 
  • Thanx sbb bagi bear yang sgt comey.. first bear in my life.. :D 
  • Thanx sbb sentiasa support n bg semangat dekat sy.. 
  • Thanx untuk segala-galanya.... 
  • You are always be in my heart...luv u so much! 
First bear in my life.. :D


    Bisik hati ku:
    YA ALLAH.......

    Hanya kepada Mu, aku meminta pertolongan...
    Hanya kepada Mu, aku berharap...
    Kau lindungilah Miss Ross dari segala musibah....
    Kau jadikan lah dia seorang INSAN yang sentiasa tabah menempuh liku-liku kehidupan...
    Kau jadikan lah dia seorang HAMBA yang sentiasa melabuhkan cinta nya kepada MU...
    Kau jadikan lah dia seorang ANAK yang solehah kepada ibu bapanya...
    Kau jadikanlah dia seorang ISTERI yang patuh dan taat kepada suami beliau..
    Kau jadikanlah dia, seorang IBU yang sentiasa kasih kepada anak-anaknya...
    kau jadikanlah dia, seorang PEKERJA yang sentiasa amanah dalam tugasnya...
    Kau jadikan lah dia, seorang MUSLIMAH yang sentiasa berjaya di dunia dan juga di akhirat..
    AMIN.....

    No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...