Hadir Bersama Berkat..

Tuesday, June 7, 2011

Selamat Pengantin Baru...^_^


Assalamualaikum…


Untuk post kali ini, ana ingin mengucapakan selamat pengantin baru kepada pasangan-pasangan yang bakal dan baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka bersama pasangan masing-masing. Terutamanya kepada mak saudara ana, Ziana & Zaim, sahabat-sahabat ana iaitu Farah Mukhlisa & suami dan akhir sekali Aisyah & suami.

Setiap pasangan menginginkan keluarga yang bahagia dan di kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Andai kita menginginkan pasangan serta zuriat yang soleh dan solehah, jadi kita dahulu yang harus mensolehahkan diri kita. Semoga apa yang kita inginkan akan di makbulkan oleh ALLAH s.w.t. AMIN.

Akhir sekali, ana doakan agar cinta dan kasih antara kalian akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat, seutuh cinta Rasulullah s.a.w & Siti Khadijah  serta Saidina Ali & Fatimah Az-Zahra. 

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS..
Jika diri tidak seindah SULAIMAN..

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF..
Jika kasih tidak setulus ZULAIKHA..

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM..
Jika  tidak sekuat SARAH..

Mengapa di damba teman hidup seistimewa KHADIJAH..
Jika diri tidak sempurna seperti RASULULLAH s.aw….

Wassalam…

2 comments:

  1. selamat pengantin baru! semoga orang yg mendoakan untuk kebahagiaan org laen jua akan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat... doaku jua ada untukmu sayang...~hehe....

    ReplyDelete
  2. AMIN...terima kasih ye sahabat... semoga kita semua bakal memperoleh jodoh yg soleh & solehah...INSYALLAH...^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...