Hadir Bersama Berkat..

Thursday, January 26, 2012

Terhiris & Terguris?... ^_^

Assalamualaikum..

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani..

Syukur Alhamdulillah  atas keizinan nafas dan nadi ini untuk terus berada di dunia ini. Moga masa yang di anugerahkan ini digunakan sebaiknya oleh ana. Selawat dan salam buat utusan terakhir, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, ana masih mampu untuk terus menulis di sini setelah sekian lama menyepikan diri. Moga perkongsian yang di berikan ini mampu memberi manfaat buat insane yang membacanya. InsyaAllah..



Terhiris dan Terguris?


Sekadar ingin berkongsi pandangan, terhiris dan terguris itu perkara biasa dalam kehidupan seharian. Hampir setiap hari, kita akan terasa dengan kata-kata atau tindakan dari orang-orang di sekeliling kita. Tapi, pernah tak, kita terfikir, ramai orang yang terhiris dan terguris dengan kata-kata dan tindakan kita? Terutama dalam persahabatan. Walau seakrab dan sebaik mana pun kita dengan teman  kita, pasti kita atau dia akan terasa.


Lumrah persahabatan,
Terhiris terguris menguji persahabatan,
Hanyalah satu ujian,
Bukan satu halangan,
Untuk terus berkasih sayang,
Hadapi dengan iman,
Suburkan dengan bermaaf-maafan,
Sematkan doa-mendoakan.

Andai kita pernah terasa dengan orang-orang sekeliling, cubalah sedaya upaya untuk melupakan dan memaafakannya kerana tanpa kita sedar, kita sendiri juga sering melukakan perasaan mereka. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Hal-hal yang lepas jadikan sebagai pengajaran untuk kita semua. Teruskan melangkah membina hidup baru dan sentiasa berusaha untuk melapangkan fikiran kita dalam menerima apa jua cubaan yang menimpa diri kita semua.

Jauhilah kamu daripada berprasangka buruk kerana prasangka buruk itu adalah percakapan yang paling dusta.
 (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud dan al-Tarmizi daripada Abu Hurairah r.a)


p/s : Sungguh! Diri ini, sangat merindui sahabat-sahabat seperjuangan. Semoga Allah memberkati kalian, walau di mana pun, kalian berada.

4 comments:

  1. hmm, saya pun pena alami situasi itu,n now dunt know bagaimana tuk perbaiki smuanya, coz rasanya masing2 ego...

    ReplyDelete
  2. setiap org pasti akan melalui situasi begini...jgn risau ye ukhti..andai kita ada terasa hati, maafkan mereka..InsyaAllah, semua akan kembali seperti sedia kala..
    Apabila kita memepermudahkan urusan org lain, ia sprt kita mempermudahkan urusan kita sdri..^_^

    ReplyDelete
  3. ^___^ penantian untuk menyelesaikan masalah kebiasaannya akan berakhir dengan penyeksaan, tetapi kadang kala ia akan berakhir dengan kegembiraan.. well said A'fifah.. =) -nik-

    ReplyDelete
  4. perkara seperti ini mmg dekat dgn kite sbg seorg remaja.dlm kehidupan ini kita ingin berteman,berkawan dan bershabat.itulah naluri seorang manusia.nice entry..good luck 4 you.teringin nk kenal sebaris nama SITI NUR A’FIFAH BT AZLAN ni.smg berjaya dunia akhirat.ukhwah fillah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...