Hadir Bersama Berkat..

zikrullah n doa

Sunday, January 30, 2011

Yang Tertutup Itu Indah

ASSALAMUALAIKUM...

Syukur ke hadrat ILLAHI kerana masih memberi saya peluang untuk terus bernafas di bumi ini. Semoga setiap hari yang bakal di lalui dapat menambahkan rasa cinta kita kepada ALLAH. AMIN. Pada post kali ini, saya hanya ingin memberi pandangan tentang tajuk yang telah saya utarakan. Diri ini juga masih lemah dan sentiasa melakukan kesalahan tetapi semoga dengan post kali ini dapat membimbing diri ini ke arah yang di redhai ALLLAH.


Rasulullah SAW telah bersabda :

"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan kedua tapak tangannya hingga pergelangan"

Berdasarkan sabda Rasuluallah di atas, faham lah kita bahawa setiap perempuan yang telah cukup umur, wajiblah ke atas mereka untuk menutup aurat iaitu seluruh anggota badan kecuali muka dan juga kedua tapak tangan. SUBHANALLAH, begitu istemewanya menjadi seorang wanita kerana tidak ada sesiapa yang di benarkan melihat perhiasan mereka kecuali kepada orang yang di halalkan di dalam Islam.

Tetapi, pada masa kini, banyak yang telah berubah. Kebanyakkan mereka sudah tidak mengikut kehendak yang telah di tetapkan di dalam Islam iaitu cara-cara menutup aurat dengan betul. Alangkah ruginya diri jika perkara-perkara seperti ini berlaku kepada kita kerana setiap apa yang di tetapkan di dalam agama kita pasti ada hikmahnya yang pasti tidak akan mensia-siakan kita semua.

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri2 mu, anak2 perempuan mu serta para wanita kaum beriman agar mereka menghulurkan jilbab2 mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka mudah dikenal dan tdk diganggu org. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(al-Hazab : 59)


Tidak di nafikan, pada zaman sekarang masih ramai yang bertudung kerana mereka tahu, mereka wajib menutup aurat. Tetapi, adakah tudung yang mereka pakai itu mengikut kehendak yang telah di tetapkan di dalam Islam. Wahai kaum hawa, sempurnakan lah diri mu bila bertudung kerana masih ada yang bertudung tetapi pakaian yang masih tidak menepati syariat yang telah di tetapkan. Betapa ruginya diri kita jika kita hanya melakukan tetapi tidak betul-betul mengikut apa yang di tetapkan.

              "Diantara hidangan makanan yg tertutup rapi bertudung saji, dibandingkan hidangan makanan yg terdedah dgn lalat dan cicak atau bertudung tetapi berlubang di sana sini...hidangan manakah yg akan menjadi pilihan hati kita untuk disantap sebagai hidangan menjamu selera???".

Semestinya kita akan memilih yang tertutup rapi. Jadi sebagai seorang muslimah, hendaklah kita menutup aurat kita sebaik mungkin dan jangan biarkan orang lain yang tidak halal bagi kita untuk melihatnya. Sesungguhnya, diri mu begitu berharga. Apabila kita menutupya dengan rapi, orang pasti akan menghormati kita.


Ramai yang berkata, kita jangan hanya memandang luaran sahaja tetapi dalaman juga penting. Memang betul tetapi kita harus sedar bahawa sekurang-kurangnya mereka telah mempunyai kesedaran dengan mengikut arahan dari ALLAH s.w.t dengan menutup aurat dengan sempurna dan INSYALLAH semoga mereka juga malu untuk melakukan sesuatu yang menimbulkan benci ALLAH kepada mereka.


Untuk kaum Hawa

Ingatlah janji ALLAH itu pasti, jika kita tidak betul-betul melaksanakan suruhannya dengan menutup aurat, terdapat banyak azab yang sedang menanti kita di akhirat sana. Bersyukurlah kita kerana masih di beri peluang untuk kita hidup di bumi ini dan masih ada lagi peluang untuk kita semua berubah ke arah kebaikan dengan melaksanakan segala suruhan ALLAH. Tutuplah aurat mu sebaik mungkin supaya diri mu sentiasa selamat di dunia dan juga di akhirat.

Untuk kaum Adam

Kamu semua merupakan pemimpin bagi kaum hawa, jadi jangan lah kamu menjadi seorang yang dayus. Tegurlah mereka jika mereka melakukan kesalahan dan tidak menutup aurat kerana mereka adalah tanggungjawab kamu. Selamat kan lah diri mereka, sentiasa lah menasihati mereka supaya kita semua selamat di dunia dan juga di akhirat nanti.

Semoga kita semua dapat memperbaiki diri sendiri ke arah kebaikan. Diri ini juga masih banyak kelemahan dan semoga kita semua sentiasa ISTIQAMAH dalam melakukan sesuatu.

Jangan malu dengan sindiran orang lain jika kita ingin betul-betul berubah ke arah kebaikan, yakin dengan keputusan kita dan berdoa lah kepada ALLAH untuk di tetapkan hati kita.

Bisik hati ku..

YA ALLAH….
Aku hanya insan yang lemah,
Yang tidak terlepas dari melakukan dosa..
Kau kuatkan lah IMAN aku..
Semoga aku dapat melaksanakan segala yang di tetapkan oleh Mu.
Kau tetapkanlah hati-hati kami semua,
Permudahkan lah perjalanan hidup kami.
AMIN

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...