ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat ILLAHI kerana masih memberi peluang kepada saya untuk terus berada di bumi ini dan semoga ALLAH kuatkan iman dan taqwa saya untuk terus beribadat kepadanya. Kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik dan sebenarnya semua situasi ini sentiasa berlaku dalam hidup kita setiap hari. Diri ini juga insan yang lemah yang sentiasa melakukan kesalahan dan semoga peringatan ini akan membimbing diri ini menjadi yang lebih sempurna.
Sabda Nabi: huffat al jannah bil makarih, wa huffat an nar bissyahawat.
(jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat.)
Aku tahu hidup dunia cuma sementara
Tapi seolah-olah ku hidup untuk selamanya
Aku tahu segala amalan bakal dihisab,
Tapi masih kulupakan alam akhirat
Aku tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan
Tapi maksiat masih berterusan
Aku tahu solat itu penting
Tapi selalu memandangnya enteng
aku tahu solat itu tiang agama,
tapi sering saja aku lewatkannya
Aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja,
Tapi solat masih tak dijaga
Aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran,
Tapi masih liat nak mengulang
Aku tahu aurat itu aib diri,
Tapi masih x pandai menjaga diri
Aku tahu cinta itu fitrah,
Tapi aku jadikannya fitnah
Aku tahu apa itu dosa apa itu pahala,
Tapi aku seolah x endahkannya
Aku tahu Allah sentiasa memerhati
Tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi
Aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya,
Tapi aku sering berputus asa
Aku tahu aku ini hamba-Nya
Tapi masih hanyut dengan dunia
Aku tahu azab-Nya api neraka,
Tapi masih kulakukan maksiat pada-Nya
Aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga
Tapi x berusaha untuk medapatkannya
... ... ... ... ... ... ...
Cuba kita renungkan, dalam kehidupan seharian, kita sentiasa ingin kan yang terbaik dalam hidup kita tetapi bila berkaitan dengan akhirat kita akan mengambil sambil lewa dan jarang untuk kita praktikkan. Situasi yang sering berlaku di dalam hidup sebagai seorang pelajar, jika dalam pelajaran kita sentiasa ingin mendapatkan keputusan terbaik, contohnya untuk pointer pasti kita akan target untuk dapat 3.5 dan keatas, tetapi kenapa kita tidak menanam azam yang sama untuk berjaya seperti itu di akhirat nanti?
Semoga kita semua dapat renungkan kembali setiap apa yang berlaku di dalam hidup kita. Jika kita mengejar dunia, jangan lah lupa akhirat kerana akhirat itu lebih penting. Jadi, lebihkan lah ilmu akhirat di dalam hidup kita setiap hari.
Semoga ALLAH sentiasa melindungi kita semua dan semoga dengan peringatan ini, akan membuatkan diri yang hina ini, sentiasa bertambah keimanan kepada ALLAH dan sentiasa istiqomah dalam hidup untuk menuju akhirat yang abadi. AMIN
mohon d copy ya~
ReplyDeletesaya suka semua yg ditulis dlm blog nie...
ReplyDeleteharap anda terus menulis dlm blog nie ya...
jgn pernah berhenti menulis ya...
fighting...
Mohon copy..:)
ReplyDelete