Hadir Bersama Berkat..

zikrullah n doa

Wednesday, February 9, 2011

Sedarkah Kita?

ASSALAMUALAIKUM.....

Syukur ke hadrat ILLAHI kerana masih memberi peluang kepada saya untuk terus bernafas di bumi ini. Pada post kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang mungkin akan menjadi ikhtibar untuk di saya dan juga kalian semua INSYALLAH.

Imam Ghazali: 

Apa yang paling dekat dengan kita? 
Yang paling dekat dengan kita adalah MATI.. 

Apa yang paling jauh dengan kita di dunia ini? 
Yang paling jauh dengan kita adalah MASA LALU..

Apa yang paling besar di dunia ini? 
Yang paling besar di dunia ini adalah HAWA NAFSU.. 

Apa yang paling berat di dunia ini? 
Yang paling berat di dunia ini adalah AMANAH.. 

Apa yang paling ringan di dunia ini? 
Yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.. 

Apa yang paling tajam di dunia ini? 
Yang paling tajam di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. 



Itu semua adalah kata-kata dari Imam Ghazali, sedar atau pun tidak kata-kata di atas adalah benar-benar berlaku dalam hidup kita hari ini. Tetapi, kadang-kadang kita sebagai manusia sering alpa dengan keindahan dunia ini sehinggakan kita lupa tentang tugas sebenar kita di bumi ini. 

Yang paling dekat dengan kita adalah MATI. 


Sesungguhnya, janji ALLAH itu pasti, setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185). Tidak ada seorang pun daripada kita yang akan terlepas dari detik-detik kematian. Apa yang membezakan kita semua adalah tarikh kematian kita, punca kematian dan sebagainya. Tetapi apa yang pasti kita semua akan mati dan akan meninggalkan semua perkara di atas dunia ini kecuali tiga perkara ilmu yang bermanfaat, harta yang di sedekahkan dan juga doa anak-anak yang soleh. 


Yang paling jauh daripada kita di dunia ini adalah MASA LALU 

Setiap orang mempunyai masa lalu yang tersendiri sama ada baik atau pun sebaliknya. Masa tersebut akan terus berlalu dengan pantasnya tanpa kita menyedarinya dan menunggu kita lagi. Jika sebelum ini, kita adalah seorang yang taat kepada ALLAH dan sentiasa berada di jalan yang benar, kekalkan lah dan berusaha lah untuk menjadi lebih sempurna di pandangan ALLAH. Tetapi, jika sebelum ini, kita sering ingkar dan lalai dengan suruhan ALLAH, berusahalah untuk berubah ke arah jalan yang di redhai ALLAH. Sesungguhnya, ALLAH Maha Pengampun dan sentiasa mendengar rintihan dari hamba-hambanya. Jadikan lah kenangan masa lalu sebagai ikhtibar kepada kita untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. Kita juga harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama. 


Yang paling besar di dunia ini adalah HAWA NAFSU 

Setiap hari, nafsu pasti akan mempengaruhi kita untuk melakukan sesuatu perkara. Sebagai manusia, kadang-kadang kita leka dan tidak menyedari nafsu sedang berusaha untuk mengaburkan pandangan mata kita. Sebagai contoh, remaja masa kini, ramai antara mereka yang sedang di lamun cinta. Sedarkah mereka bahawa, mereka sedang mengikut hawa nafsu yang datang dari syaitan. Jadi, kita haruslah sedar tentang bahayanya nafsu dan jangan sampai nafsu akan membawa kita ke neraka di akhirat kelak. Nauzubillah. 

Yang paling berat di dunia adalah AMANAH 

Ya, amanah sangatlah berat untuk kita semua. Sesetengah dari kita pasti akan merasa takut jika di beri amanah dan kepercayaan dari seseorang kerana beliau akan khuatir jika tidak memegang amanah tersebut seperti yang telah di harapkan. Tetapi, dunia pada hari ini telah berubah, mereka sentiasa berebut-berebut untuk menjadi pemimpin yang memegang jawatan dan pangkat yang tinggi, tapi sedarkah mereka bahawa, mereka mempunyai amanah yang sangat berat sebagai seorang pemimpin? Semoga kita semua sentiasa memegang amanah orang lain dan tidak sewenang-wenangnya membuka amanah tersebut. INSYALLAH


Yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT 

Solat? Kita semua tahu, bahawasanya, solat itu tiang agama? Tapi, kenapa kita masih meninggalkan solat? Malas?banyak kerja? Itu semua hanyalah alasan-alasan yang sering kita dengar dari segelintir daripada masyaratkat hari ini. Kita seharusnya sedar dan berebut-berebut untuk melakukan solat kerana ketika kita solat, kita sedang berinteraksi dengan ALLAH s.w.t. Kita di beri masa 24 jam sehari,begitu lama dan panjang, jadi gunalah masa-masa yang telah di tetapkan untuk beribadah kepada ALLAH dengan mengerjakan solat. 


Yang paling ringan di dunia adalah LIDAH MANUSIA 

Dengan lidah lah kita sering menyakiti hati orang-orang di sekeliling kita tanpa kita sedari. Hampir setiap hari, orang akan terasa dengan kita di sebabkan kata-kata kita yang menghiris perasaan mereka sama ada sengaja ataupun tidak sengaja. Jadi, sebetulnya, gunakan lah lidah yang ALLAH berikan kepada kita dengan sebaiknya-baiknya contohnya sentiasa berzikir, membaca Al-Quran dan aktiviti yang menambahkan keimanan kita kepada ALLAH. 

Bisik hati ku:

YA ALLAH....
Kau lindungilah kami semua dari fitnah dunia...
Kau berkatilah hidup kami..
Kau golongkan lah kami dalam golongan orang-orang yang beriman...
AMIN...

4 comments:

  1. salam...saya nak mintak share yew..hanya sekadar tuk renungan dan muhasabah diri sendiri dan kengkawan..tq

    ReplyDelete
  2. wslam...silakan...semoga bermanfaat untuk semua...

    ReplyDelete
  3. ASsalamualaikum sodiqatil azizah. maaf ana mintak share kat blog ana. sungguh berguna dan bermanfaat. sedar atau tida ante sungguh membuatkan ana menanges. masyaAllah. syukronnn !

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam ukhti...silakan...ilmu harus d kongsikan bersama....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...