Hadir Bersama Berkat..

zikrullah n doa

Tuesday, February 1, 2011

Milik siapakah Cinta & Rindu kita?

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat ILLAHi kerana masih memberi saya peluang untuk terus hidup di bumi ini. Di pagi yang mulia ini, saya hanya ingin kongsikan satu pandangan saya dan semoga ia menjadi ikhtibar untuk diri yang hina ini.

Di alam remaja, kita sentiasa sibuk mancari cinta dari seseorang untuk kita cintai. Apabila kita bercinta, rindu pula sering menerkam jiwa ini. Tapi, sampai bilakah kita akan berterusan mendambakan cinta dan rindu manusia?                                             

Apabila cinta dan rindu menyelubungi diri kita, pasti terdapat banyak persoalan di fikiran kita tentang si dia. Contohnya, mesti kita sentiasa nak dekat dengan dia, makan bersamanya. Bila dia jauh di mata, kita pasti sentiasa bertanyakan khabar, rindu sentiasa menyelubungi jiwa kita, tanya apa yang dia tengah lakukan pada ketika itu. Betul tak? pasti semua masalah kita, kita kan kongsi dengan dia tanpa rasa segan silu kerana bagi kita, dialah segala-galanya. 



Tapi, sedarkah kita bahawa, Cinta dan Rindu kita selayaknya hanya untuk ALLAH s.w.t. dan Rasuluallah s.a.w. Jika kita cinta dan rindu kepada makhluk yang ALLAH ciptakan, biarlah rasa itu timbul atas dasar kecintaan kita kepada ALLAH. dan apabila kita mencintai makhluknya, maka rasa cinta kepada ALLAH juga akan bertambah.

Diri ini juga insan yang lemah yang sentiasa melakukan kesalahan. Jadi semoga nota ini menjadi ikhtibar untuk diri yang hina ini. Sekian.



Bisik hati ku:

YA ALLAH....
Kau batas kanlah rindu kami...
Biarlah kami rindu kepada Mu..
Rindu kepada Rasuluallah s.a.w
Rindu kepada insan-insan yang halal untuk kami rindui...

YA ALLAH..
Kiranya tiada cinta insani untukku..
Cukuplah cinta ALLAH s.w.t....
Sebagai penyuluh hidup dan hatiku...
Moga kelak akan ada cinta untukku..
Daripada insan yang mencintai Mu..
Sebagaimana cintaku terhadapNYA...

AMIN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...