Hadir Bersama Berkat..

zikrullah n doa

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Hari Lahir Umi..

ASSALAMUALAIKUM......

Syukur ALHAMDULILLAH, di pagi yang mulia ini saya masih di beri kesempatan untuk terus berkongsi sesuatu di dalam blog ini.



Hari ini merupakan Hari Lahir Umi saya. Terima kasih Ya ALLAH, kerana Kau telah kurniakan kami semua seorang Umi sebaik dan setulus beliau. Umi sentiasa membimbing kami untuk terus melakukan kebaikan dan sentiasa mendoakan kami supaya kami berjaya di dunia dan akhirat.

Jasa mu terhadap kami sangat banyak sehingga tidak ternilai banyaknya. Namun, tidak pernah sekali pun, Umi mengungkit atau mengeluh jasa-jasa beliau kepada kami semua. Kami tahu, kadang-kadang pasti Umi letih dengan kerenah kami, namun tidak pernah sekali Umi menunjukkan rasa jemu dan memarahi kami semua.


Terima kasih Umi atas segala-galanya. Kami anak-anak mu, akan sentiasa mendoakan kejayaan mu di dunia & juga di akhirat. Terima kasih kerana sentiasa bersama kami.

"Segala ilmu yang Umi & Abah berikan pada kami amat berguna dan kami pasti akan menggunakan segala ilmu-ilmu tersebut di sepanjang hidup kami dan semoga usaha Umi & Abah untuk melihat kami berjaya dan menjadi insan yang soleh & solehah akan tercapai."
 INSYALLAH.

Bisik hati ku:

Ya ALLAH....
Kau ampunilah dosa-dosa ibu bapa kami..
kau berilah petunjuk dan hidayah kepada mereka..
Kau lindungilah mereka dari azab api neraka..
Kau berkatilah hidup mereka..
Kau limpahkan lah rezeki kepada mereka..
Semoga mereka berjaya di dunia & akhirat....
AMIN...

Ikhlas dari anak-anak mu..

* Siti Nur A'fifah Bt Azlan ( kak long)
*Muhammad 'Ammar Bin Azlan (abe)
* Muhammad Alif Bin Azlan (abe chik0
* Siti Nurul Auni Bt Azlan (kakak)
*Siti Nur 'Arisya 'Aisyah (kak nik)
* Muhammad Abqari Baihqi Bin Azlan (adik)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...