Hadir Bersama Berkat..

zikrullah n doa

Thursday, February 10, 2011

Luahan Hati...

ASSALAMUALAIKUM......

Apa khabar iman mu hari ini? INSYALLAH, semoga semuanya baik hendaknya. Semoga hari-hari yang akan datang, kita semua akan mengisi masa dengan perkara-perkara yabg berfaedah dan sentiasa menambahkan kecintaan kita kepada ALLAH. Kali ini, saya sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku di hati ini.


Saya sedar, saya hanya seorang gadis biasa. Tiap-tiap hari pasti saya akan menyakiti perasaan orang sekeliling saya. Sebenarnya, saya sudah berusaha untuk menjaga hati mereka semua  tetapi, saya hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Saya harap, kalian semua sudi memaafkan saya dan hanya ALLAH yang dapat membalas jasa baik kalian.

Saya sedar, untuk menjadi muslimah yang solehah itu amat susah. Pasti banyak rintangan dan halangan yang saya harus tempuhi di kemudian hari. Saya hanya manusia biasa yang sedang mencari redha ALLAH, dan kadang-kadang iman saya hampir goyah di tengah jalan saat nafsu menguasai diri ini. Tetapi, saya amat bersyukur kerana ALLAH masih sayangkan saya dan berjaya menyedarkan saya kembali. Itulah nikmat yang paling berharga untuk saya. Dengan izin ALLAH, saya akan berusaha untuk menjadi muslimah solehah.

Saya sedar, saya bukan dari sekolah agama dan saya tidak mempunyai banyak ilmu tentang agama tetapi itu tidak bermakna saya akan terus menjadi seseorang yang tidak mempunyai ilmu agama. Bagi saya, keikhlasan hati untuk belajar ilmu agama adalah lebih mulia. Saya akan terus mencari ilmu sedaya yang mungkin untuk menjadi bekalan kepada saya dan juga orang-orang di sekeliling saya di akhirat nanti.

Saya sedar, saya tidak sepetah kalian untuk berkata-kata apatah lagi untuk menjawab soalan-soalan tentang agama jika di ajukan kepada saya. Namun, saya akan tetap berusaha untuk menjawab sedaya yang mungkin kerana bagi saya ALLAH akan menolong kita jika kita sentiasa menolong orang lain. Sentiasa lah ikhlas dalam melakukan pekerjaan pasti akan ada jalan penyelesaiannya untuk setiap masalah.

Saya sedar, saya memang tidak di kenali oleh ramai orang lebih-lebih lagi golongan lelaki. Tetapi, saya langsung tidak sedih jika mereka tidak mengenali saya namun saya rasa bersyukur kerana ALLAH masih melindungi diri ini dari pandangan-pandangan yang tidak di ingini. Biarlah, nama kita tidak terkenal dalam kalangan penduduk bumi, tetapi berusahalah supaya nama kita terkenal di kalangan penduduk syurga.

Saya sedar, saya mungkin tidak kuat untuk menghadapi godaan dunia pada masa akan datang. Jadi saya sangat berharap, andai di takdirkan diri ini rebah di masa hadapan, bimbinglah diri ini ke jalan yang benar iaitu jalan yang di redhai ALLAH.



Sekian. Wassalam..

2 comments:

  1. takpe...cekalkan hati...agar awk akan sentiasa tabah dalam menempuh segala dugaan yang bakal menimpa...pasrah...bykkan bertawakal...

    ReplyDelete
  2. INSYALLAH..syukran ye ukhti..
    atas nasihat & peringatan yg di berikan...
    semoga ALLAH mempermudahkan urusan kita semua..AMIN...
    jazakallah.. ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...