Hadir Bersama Berkat..

zikrullah n doa

Tuesday, February 1, 2011

Kalian sentiasa Tersenyum

ASSALAMUALAIKUM.....

Syukur ke hadrat ILLAHI kerana dengan izinNya, dapat saya berkongsi pandangan saya di dalam blog ini. Kali ini, saya ingin berkongsi tentang penghargaan saya kepada mereka dan bagi saya, "tanpa mereka, siapalah kita di dunia ini".

"Walaupun diri ini tidak layak digelar anak yang solehah, namun aku akan berusaha untuk menjadi yang solehah kepada mereka berdua seperti Siti Fatimah Az-Zahra..."

Bagiku, kalian berdua amat istimewa dan aku rasa bersyukur kepada ALLAH s.w.t kerana telah dikurniakan Abah & Umi sebaik kalian. Kalian berdua telah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak mu ini, dan INSYALLAH kami semua akan berusaha untuk menjadi soleh & solehah seperti yang Abah & Umi impikan.


Apa yang saya kagum adalah, Abah & Umi sentiasa tersenyum di hadapan kami. Jarang sekali untuk kami melihat mereka dalam kedukaan, ini kerana mereka sedaya upaya akan menyembunyikan perasaan sedih dan risau mereka di hadapan kami. Terima kasih Abah & Umi kerana terlalu mengambil berat tentang kami. 
INSYALLAH, kami akan sentiasa menjadi anak yang soleh dan solehah dan akan membuatkan abah & umi bersyukur kerana di kurniakan anak-anak seperti kami.



"kalian masih tersenyum di hadapan kami walaupun kalian di uji...terima kasih kepada Abah & Umi kerana sentiasa berada di sisi dan terus memberi semangat kepada anak-anak mu ini..Semoga ALLAH melindungi kalian. AMIN




Sekarang, anak-anak Abah & Umi sudah meningkat dewasa dan beberapa tahun lagi bakal membina hidup baru. Namun, segala nasihat dari Abah & Umi akan kami ingat sampai bila-bila dan kalian berdua lah idola kami. Terima kasih atas jasa-jasa kalian itu. Semoga ALLAH sentiasa membalas jasa-jasa kalian. AMIN


Bisik hati ku:

YA ALLAH...
Mereka berdua adalah ibu bapa kami..
Mereka sentiasa menunjuk contoh yang baik kepada kami...
Mereka telah mengajar kan kami tentang ilmu dunia & akhirat...
Kau berkatilah hidup mereka...
Kurniakan lah rezeki kepada mereka..
Semoga mereka berjaya di dunia & akhirat...
AMIN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...